Yang Biasa Vs Yang Luarbiasa


01/05/2006

Rasa kehambaan..............

1. Buat Baik
i. Orang biasa Bila dapat buat kebaikan seperti bangun tahajud, berpuasa sunat atau bersedekah, orang biasa akan terasa dirinya selamat. Dia sangat yakin bahawa amalannya yang banyak akan menyelamatkan dirinya dari terhumban ke neraka. Walhal, rasa selamat itu sangat bahaya kerana ia menandakan manusia itu sombong dengan Tuhannya.

ii. Orang Luarbiasa Buat baik pun dia terasa menderita apatah lagi kalau terbuat dosa. Dalam berbuat kebaikan, dia bimbang kalau-kalau kebaikan itulah yang akan menjauhkan dirinya dari Tuhan. Mungkin ibadahnya tidak sempurna atau hatinya ada rasa senang sehingga boleh membawa kepada syirik kahfi (syirik yang tersembunyi)

2. Bila ditimpa ujian
i. Orang biasa Kerana iman yang lemah, orang biasa sangat menderita dan tersiksa dengan ujian. Seolah-olah ujian yang datang telah meragut seluruh kebahagiaan. Silap-silap haribulan, Tuhan pun disalahkan. Bahkan ada yang tergamak bunuh diri, kerana tidak tahan diuji. Cuba lari dari derita yang sementara, melangkah pula kepada penderitaan yang berkekalan di negeri baqa sana

ii. Orang Luarbiasa Bagi orang yang kuat imannya, ujian yang menimpa adalah tanda kasih sayang Tuhan . Samada Tuhan mahu menghapuskan dosa atau meningkatkan kedudukannya di sisi Tuhan. Kerana itu dia gembira dan bersabar pula bila Allah datangkan kesusahan samada berbentuk kesakitan, kemiskinan atau caci maki orang. Malah yang luarbiasa, hatinya menderita bila begitu lama tidak ditimpa ujian kerana merasakan seolah-olah Tuhan telah lupa padanya.

3. Kerja
i. Orang biasa - Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

ii. Orang luarbiasa -Bila kita dapat r asakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan . Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan. Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

4. Berjaga malam
i.Orang biasa - Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru . Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

ii. Orang luarbiasa - Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer