Wanita Karier


16/02/2006


Dunia ialah perhiasan
Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Demikianlah Rasulullah SAW, yang benar lagi dibenarkan itu, telah menetapkan, bahawa dunia yang indah ini, hanya akan benar-benar indah bilamana di penuhi oleh wanita solehah.

Wanita mana tidak gembira bila Rasulullah telah mengangkat martabatnya begitu tinggi? Dia tidak akan dapat di tandingi oleh sesiapa pun bilamana seorang wanita solehah. Dia jadi paling indah, menawan, menarik, mempesona, memperdaya, dan menggoda ! Keindahannya membuatkan dia paling di gilai dan dihargai. Dengan syarat dia adalah solehah.

Wanita didunia ini bolehlah dibahagi kepada beberapa golongan, mengikut bidang tugas :
1.Remaja, puteri yang belajar atau bekerja.
2.Wanita suri rumah menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu sepenuh masa.
3.Wanita karier, wanita yang bekerja diluar rumah, seperuh masanya kerja dirumah
4.Wanita tua, sudah tidak mampu kerja didalam atau diluar rumah.

Semua golongan wanita ini sebenarnya sama-sama penting dan sungguh diperlukan dengan syarat mereka bersifat solehah. Sedangkan tanpa solehah, wanita di bidang apa pun akan menyumbang keburukan lebih dari kebaikkan.

Tentunya kenyataan ini mengundang tanda tanya, namun biarlah saya jelaskan maksudnya. Fokus saya ialah kepada wanita karier.

Wanita-wanita yang memilah untuk bekerja diluar rumah, sebenarnya mengundang lebih banyak risiko. Namun kalau dia berjaya maka besar sungguhlah bakti yang di sumbangkan kepada dunia. Dan ini hanya mungkin berlaku kalau dia mampu memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah swt.

Wanita karier dia tetap juga seorang isteri dan ibu. Dia juga kena memastikan tugasan-tugasan dirumah berjalan baik dan berjaya. Suami mesti mendapatkan haknya. Anak-anak kenalah berada dalam kawalan yang menjamin kesempurnaan pengajaran dan pendidikan. Namun sesugguhnya, ayah dan ibu adalah guru terbaik untuk anak-anak. Jangan sampai urusan anak, diserah senuhnya kepada orang lain.

Wanita karier amat perlukan bantuan Allah didalam setiap bidang tugasnya. Tanpa bantuan dari Allah, mustahil seorang wanita boleh berjaya didalam semua tanggungjawab yang dipikulnya. Takut-takut semua hal jadi terbiar, atau kualiti kerja dan hasilnya tidak dapat yang maksimum dan terbaik. Atau boleh struggle hingga semuanya berjaya tapi diri sendiri jadi cukup tertekan dan tiada rehat. Apakah ertinya hidup kalau sudah jadi macam mesin yang dipasang 24 jam ?
Wanita karier kalau sanggup, demi kecermalangan hidup, lahir dan batin, dunia dan akhirat, jalan terbaik ialah mempunyai kembar yang akan mengambil sebahagian tugasnya. Yakni mencari seorang lagi wanita yang satu cita-cita hidup, untuk dihadiahkan kepada suami, supaya tugas-tugas dirumah dapat diagihkan, terutama dalam hal melayan suami.

Wanita karier tidak sepatutnya berdiri sendiri dalam perjuangannya. Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa, berjemaah itu wajib. Jemaah itu rahmat. Berpecah itu azab. Bagi menjayakan kegiatan-kegiatan fardhu kifayah, bukan saja wanita, lelaki pun tak boleh melakukan secara sendirian, apalagilah wanita. Wajib berjemaah. Dengan maksud, adanya sebuah badan yang dipimpin oleh seorang yang berwibawa, pengikutnya boleh taat, lalu mereka pun menggembeling tenaga untuk membangunkan apa juga projek atau fardhu kifayah yang Allah perintahkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Lelaki diberi peranan sebagai sayap kanan, wanita diberi peranan sebagai sayap kiri. Iman dan Islam yang dihayati mengikat mereka menjadi adik-beradik dari satu ayah dan ibu, maka kerja mereka yang seberat mana pun akan jadi ringan. Wanita karier yang berada dalam environment ini berjuang setinggi dan sejauh mana pun, tetap masih dapat menikmati kebahagian jiwa dan raga. Sebab dia bukan keseorangan. Ramai adik-beradiknya yang boleh dikongsikan segala masalah, beban kerja dan kesempitan jiwanya.

Langkah-langkah menjadi wanita solehah boleh saja dirujuk kepada panduan dari Rasulullah SAW. Bilamana seorang wanita mendirikan sembahyang 5 kali sehari berpuasa di bulan ramadhan, taat akan suaminya dan menjaga maruah, maka dia boleh memasuki pintu syurga dari pintu mana saja yang dia suka.

Bijaknya Rasulullah kerana menetapkan 4 kriteria atau 4 sijil untuk wanita dimartabatkan sebagai solehah dan cemerlang. Sebab mana-mana wanita yang mampu melakukan keempat perkara diatas dengan berjaya dia sebenarnya wanita bertaqwa. Dia telah menjadikan Allah dan Rasul lebih dicintai dari dirinya sendiri. Wanita ini bila dia keluar berjuang dalam masyarakat, walau dalam apa bidang ada harapan untuk membina kejayaan besar. Bukan saja untuk makan gaji demi kepentingan diri, tapi mampu membangunkan bangsanya menjadi bangsa besar mencipta macam-macam kejayaan luar biasa hingga mengatasi bangsa lain.

Akhirnya saya akan rumuskan keriteria seorang wanita karier untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya didunia dan akhirat, lahir dan batin :

1.Wanita karier itu hendaklah seorang wanita solehah, yang cinta Allah dan Rasul serta tinggi perikemanusiannya.

2.Wanita karier itu adalah seorang yang mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sepanjang ramadhan, taat akan suaminya, menjaga maruahnya.

3.Wanita karier mestilah mempunyai pembantu yg terdidik untuk mendidik anak-anaknya dgn tepat.

4.Wanita karier mestilah seorang yang sabar. Tiada kejayaan tanpa kesabaran 5 orang Ulul Azmi mendapat kemuliaan mereka dikalangan para Rasul adalah kerana faktor sabar.

5.Wanita karier yang solehah kerana mempunyai rasa kemanusiaan ynag tinggi mengambil tanggungjawab masyarakat, mengorbankan diri yang kerdil, lemah sepatutnya tidak berjuang keseorangan. Sebab kejayaan global yang diharapkan tak mungkin boleh dibuat oleh individu. Umat Islam kalau mahu membina empire ekonomi mengatasi ekonomi bangsa lain mestilah berjemaah.

6.Rasullullah telah memberi garis panduan tentang ciri-ciri jemaah, ciri-ciri pemimpin dan ciri-ciri pengikut yang dijamin boleh berjaya kerana mendapat bantuan Allah. Wanita karier tidak lagi mencari-cari kaedah tapi ikut sajalah petunjuk yang Rasullullah sudah berikan itu.

7.Bantuan Allah amat diperlukan. Dan dia lebih dekat kepada kita daripada bantuan-bantuan yang ditawarkan olrh kerajaan dunia. . Maka wanita karier sepatutnyalah berusaha memenuhi syarat-syarat Allah supaya layak mendapat bantuan dari kerajaan Allah. Syarat-syarat itu diantaranya;
Sembahyang malam (tahajud)
Bersedekah
Bermaafan dan berkasih-sayang
Bertaubat

8.Wanita karier supaya tidak tertipu oleh nafsu dan syaitan, tadak rosak binasa segala perjuangannya, mesti pandai merendah diri diatas kejayaannya. Semua orang2 sombong tersungkur dihujung jalannya. Elaklah diri dari menempuh jalan yang sama.

9.Wanita karier kalau bermaksud makan gaji semata rugilah pengorbanannya yang seteruk itu. Sepatutnya utamakan kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri. Barulah ibadah-ibadah itu mendapat ganjaran duniawi dan ukhrawi dari manusia dan dari Allah sendiri.

10.Keredhaan suami adalah penentu kejayaan seorang isteri. Jangan perkecilkan suami . alangkah baiknya seorng wanita berkarier terfikir begini . Supaya tugas aku diagihkan dan supaya aku terhibur alangkah baiknya aku bermadu.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer