Penutup






Untitled Document



SETELAH kita kenal tujuh wali Melayu yang dipaparkan dalam buku ini, tentu kita merasa bangga dan bersyukur kerana orang-orang seperti merekalah yang menjadi tali penyambung kepada penyebaran ajaran Islam sehingga ke ge¬nerasi kini. Mereka adalah pejuang agama yang sekaligus menaikkan martabat bangsa Melayu itu sendiri melalui Islam.

Malah dengan tersingkapnya sejarah hidup tokoh-tokoh ini, terbukti betapa tanah air kita kaya dengan pemimpin-pemim-pin agama, cuma riwayat hidup mereka kurang diketengah-kan. Ini yang malang kerana kita dan anak-anak kita lebih kenal tokoh nasionalis dan tokoh Barat daripada tokoh aga¬ma, walhal tokoh agama lebih perlu diketengahkan sebagai contoh ikutan dan suri teladan.
Adapun ketujuh-tujuh orang wali yang riwayat hidup mereka dimuatkan dalam buku ini diiktiraf kewibawaan mereka oleh orang-orang yang hidup sezaman dengan mere¬ka. Dan sehingga kini mereka terus mendapat pengiktirafan.

Sebahagian daripada kesimpulan yang dapat kita ambil daripada keperibadian ketujuh-tujuh tokoh ini adalah seperti berikut:

  1. Mereka merupakan orang berilmu, bukan saja berilmu dalam persoalan lahiriah tetapi juga persoalan rohaniah. Selain dari alim dalam ilmu feqah dan tauhid (malah ada yang alim feqah empat mazhab) mereka juga dikurniakan ilmu-ilmu wahbiah atau laduni seperti kasyaf, firasat, hatif dan ilham, ilmu yang diperolehi oleh mereka yang berhati bersih.
  2. Mereka adalah orang yang warak, yakni halus keperi-badian dengan sifat-sifat taqwa seperti sabar, syukur, pemu-rah, berani kerana. haq, rajin beribadah, ikhlas dan sebagai-nya.
  3. Mereka aktif dalam perjuangan fisabilillah. Demi me-ngembangkan agama ALLAH, mereka tidak duduk diam. Masa, tenaga, harta benda dan wang ringgit dikorbankan untuk itu.
  4. Mereka merupakan ahli-ahli tareqat dan tiga daripada-nya menjadi khalifah tareqat.
  5. Mereka dikurniakan karamah baik karamah zahiriah mahupun karamah maknawiyah. Ada yang dikurniakan kedua-dua bentuk karamah tersebut.
  6. Kehebatan mereka membuatkan mereka dihormati oleh pemerintah dan digeruni penjajah. Dalam masa yang sama, umat Islam khususnya para pengikut mereka terdidik dan terbela.

Selain dari itu, yang tidak kurang pentingnya bagi generasi kini ialah pengetahuan tentang wujudnya soal-soal ke¬rohanian yang menjadi sumber kekuatan umat Islam. Ini yang disembunyikan oleh musuh-musuh kita di kalangan orientalis Yahudi dan nasrani. Musuh-musuh sangat sedar dan takut dengan senjata ampuh yang tersembunyi ini.

Malangnya orang Islam sendiri terutamanya yang meng-gelarkan diri mereka ulama atau intelek Islam, telah memo-mokkan supaya umat Islam menjauhi soal-soal kerohanian ini. Golongan ini, walaupun ijazah berjela-jela namun telah menjadi tali barut musuh secara sedar atau tidak. Bak kata pepatah, hanya kayu yang dapat menumbangkan kayu (pokok). Dengan kata lain, golongan inilah yang membunuh roh kekuatan umat Islam dengan menggunakan ilmu agama yang ada pada mereka.

Melalui buku ini kita cuba memecahkan persoalan ini berdasarkan pengalaman langsung kekasih-kekasih ALLAH ini. Dan ianya boleh menjadi satu ilmu yang amat berharga bagi generasi kini hingga membuatkan mereka peka dengan perkara-perkara seperti karamah, kasyaf, laduni, yaqazah dan hal-hal seumpamanya. Tidaklah mereka memandang serong pada semua itu melainkan melihatnya sebagai satu kemuliaan kurniaan ALLAH kepada orang-orang yang berjuang untuk menaikkan agama-Nya, sebagaimana yang berlaku pada para Sahabat dan umum salafussoleh yang sering mendapat bantuan ghaib bagi mengalahkan musuh. Inilah senjata canggih kita.

Dengan itu jelas pada kita bahawa ilmu Islam amat luas dan kaya dengan persoalan lahir dan batin. Ini sekaligus menghapus fahaman Islam moden tajaan orientalis dan juga golongan wahabi yang memiskinkan ilmu ALLAH SWT kerana memandang Islam hanya pada zahirnya sahaja.

Walau bagaimanapun penulis merasakan terdapat kelemahan di sana sini yang boleh dibaiki bagi mengemaskan penulisan biografi tokoh-tokoh besar Melayu ini. Lebih-lebih lagi ia dihasilkan berdasarkan penyelidikan yang agak seder-hana. Biar apa pun, hendaknya tulisan ini dapat mencapai tujuan menonjolkan ketujuh-tujuh tokoh ini sebagai kekasih-kekasih ALLAH yang wajar diteladani.

Artikel ini adalah bagian dari buku Tujuh Wali Melayu yang ditulis oleh Abdul Ghani Said

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer