Tujuh Wali Melayu
MEREKA pernah berperanan di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah (stail) masing-masing dalam per-juangan jihad mereka bagi menye-marakkan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonium"Melayu-Islam". Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.
Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahu alam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka adalah kekasih Allah: Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tun Kenali dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.
Justeru itu amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah SWT pada tujuh tokoh Melayu ini. "Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah."
Insya-Allah, berbagai suri teladan terdapat dalam buku: 7 WALI MELAYU.
- 5586 reads
Post new comment