Tawasul
Seri 8: Bertawassul dengan athar Rasulullah
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:13BULAN Rabiulawal yang membawa makna dan rasa tersendiri bagi para pencinta Rasulullah SAW menjelang tiba. Ia datang dengan imbauan ingatan lahirnya insan agung yang membawa cahaya kebenaran dan siraman rahmat kepada seluruh alam.
Seharusnyalah peristiwa agung itu terus-menerus dikenang, disebut, disanjung sebagai tanda syukur kita ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang maha besar dan sebagai penyubur ikatan kasih kita pada Rasulullah SAW.
- Add new comment
- Read more
- 3364 reads
Seri 7: Tawassul menurut Imam al-Syaukani
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:12Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
IMAM al-Syaukani adalah seorang lagi tokoh ulama yang sering menjadi rujukan sebahagian daripada mereka yang mendakwa mahu memperbaharui agama di zaman ini.
Tawassul pula menjadi salah satu amalan yang dituduh sebagai terpesong dan menjadi penghalang kepada pembaharuan agama. Oleh itu wajarlah kita menyorot pandangan tokoh ini tentang tawassul.
Seri 6: Pensyariatan Tawassul
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:11Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SHEIKH Ibnu Taimiyyah adalah antara tokoh yang sering menjadi rujukan dan sandaran utama oleh kelompok yang memandang serong terhadap tawassul dan beberapa isu lain seperti bidaah hasanah dan fiqh bermazhab.
Mungkin atas sebab itu, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi al-Maliki turut merujuk khusus kepada pandangan beliau dalam kitabnya Mafahim (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan).
- Add new comment
- Read more
- 2171 reads
Seri 5: Sandaran tawassul lepas wafat Nabi SAW
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:10Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
KITA menyambung bicara kita tentang tawassul dalam latar kehangatan beberapa isu-isu agama yang timbul dalam masyarakat seperti penangkapan pengikut fahaman Syiah, ancaman faham Pluralisme Agama dan fatwa tentang peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah.
- Add new comment
- Read more
- 2151 reads
Seri 4: Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:10Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SESUDAH kita menghuraikan tentang bolehnya bertawassul dengan Nabi SAW sebelum hayat Baginda SAW, mari pula kita melihat hukum tawassul semasa hayatnya dan selepas wafat Baginda SAW. Untuk itu marilah kita merujuk kepada beberapa dalil utama yang berkaitan.
- Add new comment
- Read more
- 2094 reads
Seri 3: Bertawassul Sebelum Adanya Nabi SAW
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:09MENYAMBUNG perbicaraan minggu lepas, di dalam hadis tawassul dengan Rasulullah SAW sebelum kewujudan baginda SAW, menunjukkan bahawa paksi kesahihan bertawassul adalah hendaklah orang yang ditawassulkan itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan tidak disyaratkan hidup di dunia.
Daripada sini dapat diketahui, bahawa pendapat yang menyatakan bahawa bertawassul dengan seseorang itu tidak sah melainkan sewaktu hidupnya di dunia merupakan pendapat orang yang hanya mengikut hawa nafsu. Bukannya berdasarkan petunjuk daripada Allah.
- Add new comment
- Read more
- 2709 reads
Seri 2: Dalil tentang bertawassul
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:07Dalil tentang bertawassul
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SETELAH melihat asas-asas kefahaman tentang tawassul atau mengambil wasilah di minggu lepas, kita menyambung pula dengan meninjau dalil-dalil yang membolehkan tawassul.
Di antara dalil utama adalah firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah yang boleh menyampaikan kepada-Nya. (al-Maaidah: 35)
- Add new comment
- Read more
- 4909 reads
Seri 1: Kefahaman Tentang Tawassul
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 17:04Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Di antara isu yang banyak menimbulkan salah faham dan membuka pintu tuduhan sesat sesama Islam adalah isu tawassul. Oleh yang demikian, bermula minggu ini kami akan menjelaskan kefahaman tawassul yang sahih pada penelitian kami.
Berikut adalah premis ataupun asas pendirian kami dalam isu ini:
1. Tawassul adalah salah satu daripada cara berdoa dan pintu untuk bertawajjuh (menghadapkan sesuatu permintaan) kepada Allah SWT kerana tujuan asal tawassul yang sebenar ialah Allah SWT.
- Add new comment
- Read more
- 3306 reads
Tawassul dan kesimpulan
Submitted by admin on Tue, 2011-04-05 15:56Tanggal 05/04/2011
Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&...
Tawassul dan kesimpulan
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SETELAH membahaskan isu tawassul dalam 14 siri yang lepas, tiba masa untuk menyimpulkan perbahasan. Apa yang boleh disimpulkan ialah tidak syak lagi Nabi SAW mempunyai kedudukan yang tinggi, martabat yang mulia dan pangkat yang besar di sisi Allah SWT.
Seri 12: Tawassul Dalam Bentuk Seruan
Submitted by admin on Fri, 2011-04-01 17:05Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0315&pub=Utusan_Malay...
KE arah kesimpulan bicara kita ke arah memurnikan kefahaman tentang tawassul, kita akan meninjau pula beberapa catatan sejarah bertawassul secara menyeru Nabi SAW atau orang-orang yang mulia di sisi Allah SWT.
Sebahagiannya merupakan perbuatan para sahabat r.a. Sebagai anak buah didikan Rasulullah SAW, sudah tentu mereka ini boleh dijadikan ikutan kita dalam memahami persoalan agama seumpama ini.
- admin's blog
- Add new comment
- Read more
- 1739 reads