Suri Teladan Ubat Menyuburkan Mahmudah


25/05/2006

Balasan Untuk Orang Yang Suka Bersedekah
Seorang gadis yang solehah sedang makan dengan ayahnya, seorang kaya yang bakhil.Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah yang sedang kelaparan meminta sedikit makanan.

Dengan penuh rasa kasihan, gadis tadi memberi sepotong roti kepadanya. Melihat yang demikian, ayahnya merasa sangat marah lalu mencatas tangan kanan anaknya sehingga kudung. Tidak lama kemudian orang kaya itu jatuh miskin lalu meninggal dunia.

Si gadis yang tinggal keseorangan terpaksa meminta sedekah untuk menyambung hidupnya. Suatu hari gadis itu meminta sedekah di sebuah rumah orang kaya. Isteri tuan rumah itu jatuh hati dan berkenan dengan gadis itu lalu mengambilnya sebagai menantu. Ketika makan bersama suaminya, dia mengambil makanan dengan tangan kirinya. Si suami merasa hairan lalu menyuruhnya menggunakan tangan kanan.

Si gadis merasa malu dan teragak-agak. Tiba-tiba dia terdengar suara menyuruhnya menghulurkan tangan kanannya itu kerana Allah telah mengembalikan tangannya semula. Apabila dia menghulurkan tangannya itu, dia merasa sungguh terkejut melihat tangannya pulih seperti sediakala.

Air matanya menitis mengenangkan kebaikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya tidak akan rugi orang yang bersedekah dan tidak akan papa orang pemurah!

........................................................................

Menunaikan Hajat Orang Yang Meminta.

Suatu hari seorang Arab Badwi telah datang meminta makanan kepada puteri Rasulullah SAW iaitu Sayidatina Fatimah Az-Zahrah. Siti Fatimah yang terkenal dengan kemiskinannya itu tidak mempunyai apa-apa makanan di rumahnya.

Lalu beliau memberi sehelai kulit kambing yang menjadi alas tempat tidur anak-anaknya agar dapat dijual oleh Si Badwi tadi. Melihat kulit kambing yang harganya tidak seberapa itu, Si Badwi itu enggan menerimanya. Siti Fatimah pun mencari-cari kalau-kalau ada apa-apa yang boleh diberikannya untuk menunaikan hajat Si Badwi itu.

Akhirnya dia teringat kalung hadiah perkahwinannya, lalu diberikan kepada kalung itu kepada Si Badwi itu. Si Badwi itu menerimanya dengan gembira sekali. Begitu mulia dan agungnya akhlak puteri Rasul, sifat pemurah dan belas kasihannya sungguh luar biasa, sekalipun kepada seorang Badwi yang kasar perangainya

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer