Sajak 6 Sifat-orang-yang-bertaqwa






Sifat Orang yang Bertaqwa



Sifat Orang yang Bertaqwa

Orang bertaqwa itu kalau dia tidak bersalah dia tetap rasa berdosa
Tidak membuat salah rasa berdosa
Betapalah membuat salah tersiksa jiwa
Sepanjang umurnya diingatkannya
Setiap masa dia bertaubat dengan
Tuhannya Orang bertaqwa kalau dia beribadah
merasa tidak sempurna Bahkan dia beribadah dia merasakannya membuat dosa
Betapalah kalau dia membuat dosa jiwanya menderita
Setiap kali beribadah merasakan tidak sempurna
Setiap kali beribadah rasa tidak kena
Setiap kali beribadah dia meminta ampun
kepada Tuhannya
Meminta ampun kepada Tuhannya setiap masa
Dia merasakan dirinya bersalah sahaja
dengan Tuhannya Orang beribadah penuh gembira
Dia beribadah rasa berdosa
Begitulah orang yang bertaqwa
rasa kehambaan kepada Tuhan subur sentiasa
Tidak pernah dia merasa tenang dengan Tuhannya
Bimbang sahaja setiap masa,
ia membuat dosa atau tidak
hatinya tetap rasa berdosa
Orang yang bertaqwa tidak pernah aman
dengan Tuhannya
Kerana itulah hatinya sentiasa dengan Tuhannya
Hatinya sedikit sekali putus dengan Tuhannya
Hatinya banyak dengan Tuhannya
Tuhan dibawa ke mana-mana
Waktu bermukim atau musafir
Waktu rehat atau bekerja
Bahkan dia tidur bersama Tuhannya
Badan saja nampak bersama manusia
Hatinya bersama dengan Tuhannya
Badan kepunyaan manusia
Hatinya kepunyaan Tuhannya
Bagaimana dia hendak lupakan Tuhannya
Kalau manusia boleh membaca hati orang bertaqwa
Dia pun takut hendak menemuinya

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer