Sajak 4 Agama Adalah Seluruh Kehidupan






Untitled Document



Agama adalah Seluruh Kehidupan

Agama adalah seluruh kehidupan
Ada yang lahir ada yang batin
Iman, Islam dan ihsan adalah patinya atau ajaran terpokok
Pecahan dari tiga aspek tadi yang merupakan satu pakej
Jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan
Adakalanya disebut hablumminallah wahablumminannas
Hablumminallah adalah asas dan tapak agama dari Tuhan
Hablumminannas adalah cabangnya
atau buah daripada hablumminallah Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku
di mana-mana
Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu
Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat, di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan dan perhubungan
Di rumahtangga, di dalam perhubungan,
di dalam negara atau antarabangsa
Berlaku di dalam jiran tetangga,
di dalam pendidikan formal atau tidak formal
Berkasih sayang, rasa bersama bekerjasama,
bersatu-padu adalah agama Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan,
di dalam mesyuarat, di dalam bersukan mesti ada agama
Bertimbang rasa, peri kemanusiaan, bertolak ansur,
berlapang dada, agama juga Di waktu memandu di jalanraya, membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan, bekerja di kilang semuanya agama
Mentadbir negara, menjaga negara,
menjaga keselamatan dan keamanan juga agama
Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat,
tidur dan baring adalah agama
Begitulah luasnya agama,
tidak seperti yang difaham selama ini oleh kita
Tanggapan ramai orang Islam
agama itu hanya semata-mata ibadah
rukun Islam serta sunat-sunatnya
Kalau agama itu berlaku di mana-mana,
selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya
itu ibadah umumlah namanya
Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara,
di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung,
di padang pasir, selagi ada manusia
Kalau agama berlaku di mana-mana
ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja
selagi ada manusia Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja
selamatlah manusia
Kerana maknanya agama itu tidak kacau
mengikut bahasa Sanskrit
Ertinya orang beragama
tidak huru-hara di dalam kehidupan,
ertinya aman damai, harmoni, bahagia
Tapi makna agama itu telah dipersempit,
maka manusia hidup huru-hara di mana-mana
bahkan berlaku di masjid
Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana
kerana agama yang diamalkan selama ini
adalah sempit

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer