Sajak 2 Erti Zalim
Lafaz zalim berasal daripada perkataan 'zulmun'
Zulmun bererti kegelapan
Hakikat kegelapan di sini
adalah bersifat maknawi dan rohani
Buta jiwanya (hatinya) dan akalnya melihat kebenaran,
zalimlah dia
Buta jiwa tidak kenal lagi Tuhannya
Sama ada langsung tidak tahu
atau tahu Tuhan, kerana buta hatinya salah pengenalannya
Dari
sini baru kita faham erti zalim luas maknanya
Buta syariat-Nya dikatakan zalim di dalam Islam
Buta daripada mengetahui adanya Tuhan,
zalim martabat tinggi
Buta daripada mengetahui Tuhan yang sebenar,
zalimlah juga
Bila buta jiwa, dia ambil pakaian Tuhan
iaitu sombong dan ego, zalim kelas dua
Tidak tahu adanya Tuhan atau tidak mengenal Tuhan
ini adalah zalim martabat tinggi (super zalim namanya)
Kerana itulah di dalam Al Quran dikatakan
syirik itu zalim yang maha besar yang tiada taranya
Zalim dengan manusia
adalah zalim martabat yang rendah sahaja
Termasuk juga syariat tidak berjalan di dalam diri zalim kelas bawah sahaja
Zalim yang paling tinggi, zalim terhadap Tuhan
Tidak percaya Tuhan
syirik dengan Tuhan
tidak mempeduli Tuhan
Hari ini yang diriuh-rendahkan
zalim dengan manusia
Padahal mereka yang riuh-rendahkan
zalim terhadap manusia
mereka zalim dengan Tuhan
Zalim dengan Tuhan adalah super zalim namanya
Yang anehnya pejuang-pejuang Islam pun
tidak memahami erti zalim
Fahaman mereka tentang zalim
sama sahaja apa yang difaham
oleh kafir durjana
Kerana itulah mereka menentang kezaliman
boleh pula bekerjasama dengan mereka
Sampai bilakah mereka hendak
membetulkan perjuangannya!
Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi |
- 1406 reads
Post new comment