Sajak Sistem Tuhan-Akan Ambil Alih






Sistem Tuhan Akan Ambil Alih



SAJAK
Sistem Tuhan Akan Ambil Alih

Sistem manusia menguasai dunia
hampir berakhir sudah
Orang yang prihatin perjalanan dunia
sudah nampak
Mula terserlah
Akan diambil alih oleh sistem Tuhan
Yang dunia akan berubah wajah
Bila berlaku ini semua
Mereka yang membangunkan sistem
lebih dahulu berperang dengan Allah
Hingga sebahagian besarnya musnah
Untuk diberi laluan pada orang Allah
Untuk membangunkan sistem Tuhan (Allah)
Selepas itu baru berperang dengan orang Tuhan
yang di'backing' oleh Allah
Selepas itu sistem buatan manusia punah-ranah
Selepas itu terjadilah dunia ini
terlepas daripada penzaliman dan penindasan
Berlakulah kehidupan aman damai
kasih sayang, bersatu dan harmoni
Sehingga semua orang menunggu suasana itu.
Selepas itu kalau kita prihatin
semua proses berjalan laju
Menuju ke destinasinya
yang tidak lama lagi berlaku
Di waktu itu dunia tenang, bahagia
ceria dan gembira
Dunia akan jadi Syurga
Sebahagian manusia tidak sedar
peristiwa itu sedang berlaku
Kerana mereka tidak prihatin
dan tidak berpandangan jauh
Hanya memikirkan makan minum
dan kehidupan untuk dunia semata-mata
Perkara yang berlaku di hadapan mata tidak nampak nyata
Matanya celik
akal dan hatinya buta
• 7.55 pagi, Jumaat 02-10 - 2005 17 Ramadhan 1426 H

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer