Sajak Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman






Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman



Janji Tuhan Untuk Umat Akhir Zaman

Mengikut keterangan Hadis
Kegemilangan Islam kali kedua di akhir zaman
Tapaknya adalah perjuangan dan jemaah
yang diteraju oleh Ikhwan
Begitulah jawapan yang diberi
oleh Rasul akhir zaman
kepada para Sahabat ridwanullahu'alaihim
Pemimpinnya adalah Pemuda Bani Tamim
mujaddid akhir zaman
Para-para Sahabat sangat iri hati
mendengar keterangannya
Ada yang berdoa agar umur panjang
Ia bermula dari Timur
Kemuncaknya adalah berpusat
di Makkatul Mukarramah
pusat pentadbiran
Jemaah Ikhwan ini adalah bayangan
jemaah Sahabat di zaman silam
Bilangan mereka sedikit tapi solid
Ikhwan bermaksud pejuang-pejuang
yang menjadikan Tuhan kawan
Juga Ikhwan di antara satu sama lain
sebagai persaudaraan
Mereka ruhbanun billail wa fursanun fin nahar
Malam jadi abid. siang menjadi pejuang
Mereka di antara satu sama lain
seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang
Rupanya setiap kemenangan yang akan diperolehi
oleh umat Islam di setiap zaman
Pejuangnya sudah dibayang
Macamlah kemenangan Muhammad Al Fateh
Bersama pejuang-pejuangnya
ke atas Konstantinopel
Ciri-cirinya telah dibayangkan laitu pemimpin yang baik
tentera yang baik
rakyat yang baik di zamannya
Setelah ciri-ciri ini wujud dengan sempurna
diberilah kemenangan
Begitulah kebangkitan Islam kali kedua
di akhir zaman
Bila ciri-cirinya wujud
di dalam jemaah pejuang-pejuangnya
Tuhan akan memberi kemenangan
Ia pasti berlaku kerana itu adalah janji Tuhan
Mana-mana jemaah Islam akhir zaman di Timur
dapat mengisi ciri yang telah digambarkan
Indah dia jemaah Ikhwan
Kepada tangan mereka itulah
yang akan diberi kemenangan
Selain jemaah ini semuanya kecundang
Marilah kita membaiki diri bersungguh-sungguh
Agar ciri-ciri sempurna untuk kemenangan
• Selepas Asar 13-09-1999

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer