Sajak Etnik Baru






Etnik Baru



Sajak Etnik Baru

Satu etnik baru
di kalangan bangsa Melayu akan lahir
Etnik haru yang dikatakan Asoib dan Ikhwan
Hasil didikan seorang pemimpin
yang dijanjikan Tuhan
Siapa pun tidak dapat membendung
dan menghalang
Bahkan kebanyakan orang tidak sedar
etnik itu sedang berjuang
Bila terjadi daulah
ramai orang akan terperanjat
dan tercengang-cengang
Kerana Tuhan bagi kuasa kepada mereka
Tidak melalui sistem politik akhir zaman
Kerana ia berlaku keadaan memaksa
dalam aman
Setelah sistem politik yang ada
tidak mampu terus berjalan
sedangkan orang ramai memang menanti-nanti
sistem baru untuk keamanan
Tiba-tiba satu etnik bersama sistem baru
membawa harapan
Setelah sistem politik yang ada
sudah tidak diharapkan
Di dalam mengharap-harap itu
datang satu sistem yang baru
yang meyakinkan
Maka orang ramai pun memberi sokongan
dengan penuh aman dan damai
Maka berlakulah daulah yang diidam-idamkan
Setelah dua tahun daulah berjalan
datanglah khalifah akhir zaman
Dan daulah itu sebagai tapak perjuangannya
di akhir zaman
Akhirnya Imam Mahdi datang
sudah ada kekuatan
Sudah ada daulah dan kawan seperjuangan
Dan kekuatan itulah dipanjangkan
dan dibesarkan
Hingga dapat menawan seluruh dunia
Dunia akhir zaman Memang sebelum itu
musuh-musuh yang menguasai dunia
telah dilemahkan Tuha
n Tanda-tanda nak berlakunya daulah
bagi orang yang prihatin
amat terseriali Musuh selama ini
dengan terpaksa menyerah kalah
Bukan hasil peperangan
Tapi setelah berlaku masalah demi masalah
Kalau tidak memberi kerjasama
dengan etnik-etnik yang baru ini
Orang Melayu akan punah
Maha Besar Tuhan dan Maha Berkuasanya
Dia Apa yang tidak terfikir oleh akal
akan menjadi kenyataan la berlaku tidak melalui peperangan
Tapi ia berlaku dengan aman
• 10.00 malam
02 11 2005
29 Ramadhan 1426 H

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer