Bab 20 Falsafah Dan Hikmah Sejarah






Falsafah dan Hikmah Sejarah



Di dalam sesuatu perjalanan atau pengem baraan, ada tiga perkara yang perlu di tetapkan. Pertama, dari mana kita datang? Kedua, di mana kita sekarang? Ketiga, ke mana hala kita seterusnya. Kalau kita tidak tahu dari mana kita datang, nescaya sukar untuk menetapkan di mana kita berada. Kalau dari mana kita datang dan di mana kita berada kita tidak tahu, nescaya kita tidak akan dapat menetapkan hala tuju kita seterusnya. Kalau kita tidak tahu kita dari mana, di mana dan hendak ke mana, maka hakikatnya kita sudah hilang arah. Dalam erti kata yang lain, kita sebenarnya sudah sesat.

Begitu juga dalam perjalanan sesebuah tamadun dan peradaban. Ia beralih dari era ke era dan dari zaman ke zaman. Ada dahulu, ada sekarang dan ada masa hadapan. Dalam perjalanan sesebuah tamadun perlu ada sejarahnya. Kemudian perlu ada penilaian tentang keadaan dan kemajuan semasa. Seterusnya perlu ada wawasan atau visi untuk era-era ke hadapan.

Peranan sejarah tidak boleh diperkecilkan. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan keadaan masa kini. Sejarah juga mempengaruhi dan perlu diambil kira dalam membina wawasan dan visi. Kerana dari sejarah kita dapat contoh dan teladan. Dari sejarah kita dapat ilmu dan pengalaman. Dari sejarah kita dapat pengajaran. Dari sejarah kita boleh tahu kesilapan kita dan kesilapan orang lain supaya kita tidak mengulanginya. Dari sejarah juga dapat kita belajar pencapaian dan kemajuan orang dan bangsa lain supaya dapat kita tiru dan contoh mereka. Malahan kalau dilihat dari kacamata Islam, sejarah adalah lebih penting dari semua itu. Terlalu pentingnya sejarah hingga ada ungkapan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi "History repeats itself" atau sejarah sentiasa berulang. Apa sahaja yang berlaku boleh dikaitkan dengan sejarah.

Dalam Islam, sejarah merupakan perkara yang penting. Sejarah adalah pendidikan dan pengajaran. Sebab itu kalau kita lihat Al Quran, ia penuh dengan sejarah. Ia tidak seperti buku karangan manusia. Al Quran bukan kitab sejarah tetapi ia penuh dengan sejarah. Al Quran, dalam menceritakan tentang hal hukum-hakam, diselitkan dengan cerita-cerita sejarah. Setiap ayat yang memperkatakan tentang hukum-hakam, dikaitkan dengan cerita sejarah.

Di sini tentu Tuhan ada maksud. Tentu ada hikmahnya. Tentu ada yang tersurat dan yang tersiratnya. Tuhan menyelitkan butir-butir sejarah di dalam Quran bukan hanya untuk halwa telinga. Bukan sekadar untuk menyedapkan bacaan dan pendengarannya. Sejarah dalam Islam merupakan satu institusi pendidikan dan pengajaran yang lengkap dan tersendiri.
Bila kita sebut tentang institusi pendidikan dan pengajaran, dalam konteks umum, kita bayangkan ada sekolahnya atau uni-versitinya. Ada pensyarahnya. Ada profesor, dekan dan rektornya. Ada pentadbirannya. Ada syllabusnya dan lain-lain lagi. Tetapi bagi orang yang faham, sejarah itu sendiri adalah satu institusi pendidikan dan pengajaran yang sudah cukup lengkap.

Sejarah sahaja sudah cukup untuk mendidik dan mengajar manusia. Tidak perlu lagi kepada prasarana atau tenaga pengajar. Itu bagi orang yang faham. Tetapi bagi orang yang tidak faham, sejarah hanyalah cerita-cerita silam semata-mata. Mereka tidak dapat menghubungkaitkan sejarah dengan kehidupan mereka. Mereka tidak dapat ilmu dan pendidikan daripada sejarah yang mereka baca.

Kebanyakan orang, apabila dia membaca sejarah, dia mencungkil faktanya sahaja. Dia mahir tentang datanya, tamadunnya, tarikh-tarikhnya, jalan ceritanya, tokoh atau siapa yang tidak dapat memahami falsafahnya, hikmahnya dan ilmu-ilmu yang tersirat di dalam sejarah itu. Perkara-perkara seni seperti ini jarang orang perkatakan. Ilmu-ilmu yang terpendam seperti ini jarang digali. Rahsia dari sejarah itu jarang orang bongkar. Sebab itu, kalau kita dengar cerita-cerita sejarah, lebih-lebih lagi kalau kita belajar sejarah, kita cepat rasa jemu.

Mari kita ambil beberapa cerita sejarah dari Al Quran dan kita kupas falsafah dan hikmahnya. Kalau kita tumpu kepada fakta dan datanya sahaja, ia akan meletihkan akal dan menjemukan kita. Kita boleh ambil mana-mana sejarah dalam Al Quran dan kemudian kita falsafahkan sejarah itu. Mudah-mudahan yang tersirat dapat disuratkan. Yang kita belum faham akan dapat kita faham. Kita ambil cerita sejarah yang semua orang sudah faham. Kita ambil cerita Nabi Musa a.s.

Sebelum Nabi Musa dilahirkan, ahli-ahli nujum Firaun telah meramalkan bahawa Firaun dan takhtanya akan dijatuhkan oleh seorang putera dari Bani Israel. Firaun terkejut dan marah. Lalu diperintahkannya supaya semua anak lelaki yang dilahirkan dari Bani Israel dibunuh. Semua orang tahu sejarah ini. Tetapi falsafah dan hikmah yang tersirat dari sejarah ini ramai orang tidak tahu.

Bila kita baca sejarah ini, apa kita kata? Kita kata Firaun jahat. Firaun zalim. Firaun kejam. Tidak terfikir oleh kita perkara-perkara yang lebih dari itu. Setakat itu sahaja kefahaman kita. Kita tidak tahu bahawa di situ ada pendidikan, ada pengajaran, ada falsafah dan ada hal-hal yang tersirat yang kita kena cungkil. Ada yang positif, ada yang negatif dan ada yang mulanya negatif tetapi kemudian jadi positif. Mari kita lihat seterusnya kisah ini.

Semenjak keluar perintah Firaun supaya semua anak lelaki Bani Israel yang dilahirkan dibunuh, seramai 600,000 bayi lelaki Bani Israel telah dibunuh. Ini bukan jumlah yang sedikit, lebih-lebih lagi kalau dinisbahkan kepada jumlah Bani Israel di waktu itu yang tidak ramai. Kenapa Tuhan buat begitu?

Tuhan jadikan Bani Israel itu satu bangsa yang cerdik. Sebab mereka keturunan nabi-nabi. Tetapi mereka jahat. Kalau anak-anak Bani Israel dibiarkan hidup, mereka akan jadi jahat macam emak dan ayah mereka. Mereka akan masuk Neraka. Pembunuhan seramai 600,000 bayi Bani Israel itu memang nampak negatif. Tetapi positifnya, kerana mereka mati ketika masih bayi, maka 600,000 Bani Israel itu masuk Syurga dan terselamat dari Neraka.

Dari kejadian itu hingga ke hari ini, sudah menelan masa selama lebih kurang 2,000 tahun. Dari 600,000 itu, kalau tidak dibunuh, akan melahirkan 180 juta Bani Israel (Yahudi) pada hari ini. Tambahan pada itu Hitler membunuh 6 juta lagi Bani Israel (Yahudi) dalam Perang Dunia Kedua (1945-1948). Kalau Hitler tidak bunuh 6 juta itu, setelah berlalu satu generasi, hingga sekarang di mana setiap orang itu melahirkan 50 anak dalam satu generasi, maka akan ada 300 juta orang Yahudi hari ini. 300 juta campur 180 juta sudah jadi 480 juta orang Yahudi. Ini sungguh banyak berbanding lebih kurang 170 juta umat Arab di waktu ini di seluruh negara-negara Arab di Timur Tengah. Ia juga lebih dari 180 juta umat Islam di Indonesia.

Tuhan tahu kalaulah semua Bani Israel atau Yahudi itu hidup, dia akan jadi ramai dan akan ada kekuatan fizikal. Sudahlah mereka itu cerdik dan kuat akal. Kalau ditambah dengan kekuatan fizikal kerana mereka ramai maka habislah semua orang dan semua bangsa di dunia. Sekarang Yahudi kecil dan sedikit. Dia tidak boleh jajah bangsa dan agama lain dengan kekuatan fizikal. Dia hanya jajah akal dan ekonomi sahaja. Itu pun dunia sudah sangat rosak. Kalaii ditambah dengan penjajahan secara fizikal maka akan berlakulah bala bencana yang sangat besar di muka bumi ini.

Kesimpulannya, yang kena bunuh seramai 600,000 itu nampak negatif. Tetapi positifnya, kesemua mereka masuk Syurga. Kemudian bagi zaman ini, segala pembunuhan itu termasuk 6 juta yang dibunuh di zaman Hider adalah positif ke-rana ia menyebabkan bilangan orang Yahudi di zaman ini jadi sedikit. Mereka tidak mampu menjajah dunia secara fizikal, hanya secara akal dan ekonomi sahaja. Kalau Yahudi dapat jajah dunia secara fizikal, akal dan ekonomi sekaligus, maka habislah umat Islam.

Mari kita singkap lagi sejarah ini. Waktu Nabi Musa lahir, keadaan sangat menakutkan. Setiap ibu Bani Israel yang hendak melahirkan terpaksa berahsia. Kalau dia diketahui oleh orang-orang Firaun, anak yang dilahirkan itu akan dibunuh. Selepas melahirkan, ibu Nabi Musa terpaksa sorok-sorokkan anaknya. Kadang-kadang terpaksa letak di tempat pembakar roti. Bila hendak menyusukan, baru diambil. Lepas itu disorok lagi di tempat pembakar roti yang begitu panas. Orang-orang Firaun datang setiap hari untuk mencari dan membunuh. Bahaya pertama supaya dapat melahirkan secara rahsia boleh lepas. Bahaya kedua ialah risiko menyorakkan anak dalam tempat pembakar roti. Anak boleh mati kepanasan.

Berapa lama hendak sorak anak dalam tempat pembakar roti? Akhirnya dihanyutkan anak ke dalam sungai. Kalau anak dihanyutkan ke dalam sungai, biasanya matilah. Kalau tersangkut di tali akan tenggelam dan tentu akan mati. Kalau selamat sampai ke laut pun, akhirnya mati juga. Tetapi Tuhan takdirkan Nabi Musa tersangkut di istana Firaun.
Waktu itu, orang Firaun ambil Nabi Musa. Bila Firaun tengok sahaja, dia hendak bunuh kerana walaupun Nabi Musa masih kecil, Firaun kenal dia bangsa Bani Israel dan bukan bangsa Qibti. Tetapi dengan kuasa Tuhan, dia dipujuk oleh isterinya supaya mengambil Nabi Musa sebagai anak angkat kerana mereka tidak ada anak. Sejuk hati Firaun. Tidak jadi hendak bunuh. Kalau tidak, sudah tentu Nabi Musa dicekiknya sampai mati.

Di suatu masa, ketika Nabi Musa masih kecil, dia dipangku oleh Firaun. Nabi Musa menyentap janggup Firaun sekuat-kuatnya. Firaun terkejut kerana sakit. Maklumlah Firaun jarang rasa sakit. Dia hendak bunuh Nabi Musa ketika itu juga tetapi dihalang oleh isterinya.

Ketika Nabi Musa berumur lapan belas tahun, dia pergi ke pasar. Di situ ada seorang Qibti dan seorang Bani Israel sedang bergaduh. Orang Bani Israel itu meminta tolong kepada Nabi Musa. Semasa hendak meleraikan mereka, Nabi Musa menolak sedikit orang Qibti itu lalu dia mati. Maka orang-orang Qibti yang lain memburu dan mencari Nabi Musa untuk dibunuh.

Dari sejarah hidup Nabi Musa ini, berapa kali dia berhadapan dengan mati? Disorok di tempat pembakar roti yang panas. Dihanyutkan di sungai. Hendak dibunuh oleh Firaun apabila orang-orangnya menjumpainya di sungai. Hendak dibunuh lagi oleh Firaun kerana menyentap janggutnya. Diburu oleh orang-orang Qibti kerana membunuh salah seorang dari mereka. Ikut logiknya tentulah Nabi Musa patut mati. Bukan sekali tetapi berkali-kali mati. Tetapi dia tidak mati. Apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari fakta ini?

Pertama, Tuhan hendak matikan atau tidak matikan seseorang itu bukan ikut hukum logik. Walaupun logiknya seseorang itu patut mati, tetapi mati atau tidak mati seseorang itu tetap mengikut kehendak Tuhan. Tuhan yang menentukan.

Kedua adalah faktor janji. Nabi Musa itu dijanjikan Tuhan akan menjadi nabi dan pemimpin Bani Israel. Walaupun tidak logik boleh hidup tetapi dia tetap dipelihara Tuhan kerana faktor janji itu. Jadi faktor janji itu mahal sekali. Kalau bukan kerana - faktor janji, Nabi Musa sudah lama mati.

Ketiga, kisah ini membuatkan manusia terasa bahawa kuasa Tuhan itu mutlak. Apa yang Tuhan tetapkan, tidak ada siapa yang boleh merubahnya.

Akhirnya, Nabi Musa mendapat wahyu dan dia menjadi rasul. Dia rasul untuk kaumnya sahaja, iaitu Bani Israel. Dia bukan rasul untuk bangsa Qibti atau Arab. Oleh itu, Nabi Musa tidak berdakwah atau berjuang untuk bangsa Qibti atau Arab. Dia pemimpin bagi Bani Israel yang cerdik tetapi jahat. Malahan Bani Israel itu bukan setakat jahat sahaja. Kalau dia Islam hari ini, besok dia kafir. Islam hari ini, besok dia kafir.

Bagaimanakah hendak mendidik bangsa yang jahat seperti ini. Bagaimana mampu Nabi Musa melakukannya. Mahukah mereka tetap bersama Nabi Musa supaya mereka dapat dididik. Mahukah mereka terus bersama Nabi Musa setelah terselamat dari ancaman Firaun dan dapat menyeberang Laut Merah yang terbelah dengan mukjizat Nabi Musa. Mahukah mereka menyerah diri atau mereka akan bertebaran di muka bumi dengan urusan masing-masing dan meninggalkan Nabi Musa bersendirian.

Sejarah mencatatkan bahawa Nabi Musa dan pengikutnya dari Bani Israel itu telah disesatkan Tuhan di padang pasir (Teh) selama 40 tahun. Nabi Musa sesat dan kaumnya juga turut sesat. Oleh kerana itu, mereka takut untuk berpisah di antara satu sama lain. Mereka takut kalau mereka terpisah, mereka akan sesat bersendirian. Ini nyata lebih menakutkan. Maka bersamalah mereka di padang pasir itu selama 40 tahun.

Bagi yang tidak mengkaji falsafah dan hikmah sejarah, cerita ini berlaku begitu sahaja seperti mana cerita-cerita silam yang lain. Ia hanya jadi fakta dan cerita. Tidak ada pengajaran. Tidak ada ilmu dan tidak bertambah pengalaman.

Empat puluh tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Yang muda jadi tua. Kanak-kanak jadi dewasa. Ada yang mati. Ada pula yang lahir. Rupanya Tuhan sesatkan Nabi Musa dan pengikutnya supaya memudahkan Nabi Musa untuk mendidik mereka. Inilah hikmah sejarah ini. Tuhan beri Nabi Musa masa selama 40 tahun untuk menjalankan tugas mendidik Bani Israel itu. Selama mereka sesat, selama itulah mereka bersama dan tidak terpisah-pisah. Selama itu pulalah Nabi Musa berpeluang untuk mendidik mereka. Kalau tidak, bangsa itu tidak akan mahu menerima pendidikan. Mereka akan bertebaran di muka bumi dengan urusan dunia mereka masing-masing. Tuhan seolah-olah memaksa mereka hidup bersama dan mengikut arahan dan kepimpinan Nabi Musa.

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer