Bab 15 Hijrah






Hijrah



Banyak bangsa dan agama di dunia ini mempunyai tahun-tahun atau taqwim mereka sendiri. Bangsa Cina ada tahunnya yang dinisbahkan kepada haiwan seperti tahun kuda, tahun anjing, tahun tikus dan sebagainya. Bangsa Thai juga ada tahunnya sendiri. Agama Kristian atau gereja yang sinonim dengan Barat mempunyai tahun Masehi yang diambil dari peristiwa kelahiran Nabi Isa al-Masih (walaupun ini dipertikaikan) dan diasaskan kepada kedudukan dan pergerakan matahari. Itu sebab ia dinamakan taqwim Syamsiah (matahari).

Begitu juga agama Islam. Islam ada tahun Hijrah yang diambil dari peristiwa dan tarikh Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kalau tahun Masehi diasaskan kepada kedudukan dan pergerakan matahari, tahun Hijrah pula diasaskan kepada kedudukan dan pergerakan bulan. Sebab itu ia dinamakan taqwim Qamariah (bulan).

Seperti bangsa-bangsa lain, umat Islam juga menyambut kedatangan tahun barunya. Barat dan Kristian menyambut tahun barunya atau New Year's Eve pada detik 12 malam 31hb Disember setiap tahun. Bangsa Cina pula merayakan Tahun Baru Cina atau GongXi Fa Chai. Orang Islam menyambut kedatangan bulan Muharam iaitu bulan pertama dalam tahun Hijrah atau taqwim Islam.

Namun, apa yang sangat membimbangkan ialah dalam menyambut tahun baru Islam ini atau apa yang dinamakan sebagai Maal Hijrah, konsepnya sudah jauh terpesong. Sudah menjadi budaya umat Islam terutama di Malaysia, Maal Hijrah disambut dengan perhimpunan dan perarakan. Dipilih pula tokoh-tokoh Maal Hijrah yang kadang-kadang tidak ada kena-mengena dan tidak ada kaitan langsung dengan peristiwa dan konsep Hijrah itu sendiri.

Umat Islam sudah tidak faham 'spirit' atau roh Maal Hijrah itu. Peristiwa Maal Hijrah telah dilacurkan, disalahertikan dan disalahgunakan. Walhal hijrah itu adalah peristiwa yang sangat besar ertinya. Ianya ada hubungan dengan Allah, ada hubungan dengan Rasul, dengan Islam dan dengan perjuangan Islam. Kalau peristiwa hijrah itu tidak besar ertinya, masakan ia dipilih sebagai permulaan tahun baru Islam.

Kalau kita kaji pada sejarahnya, kita rasa pelik kenapa tahun Hijrah dihitung dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah hingga ia dinamakan tahun Hijrah. Kenapa ia tidak dihitung dari peristiwa lahirnya Rasulullah atau dari tarikh Rasulullah diangkat menjadi nabi dan rasul. Ada perbincangan di kalangan para Sahabat tentang perkara ini. Ada perbezaan pendapat di antara Sahabat tetapi akhirnya sepakat bahawa tahun baru Islam diambil dari tarikh hijrah Rasulullah. Kita tahu bahawa tarikh lahir Rasulullah itu besar ertinya. Tarikh Rasulullah diangkat menjadi nabi dan rasul juga besari ertinya. Tetapi kenapa tarikh hijrah Rasulullah diambil oleh para Sahabat sebagai permulaan tahun baru Islam? Sudah tentu tarikh ini juga mempunyai erti yang sangat besar. Sudah tentu peristiwa hijrah Rasulullah itu ada hikmah yang sangat mendalam sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Malahan hikmah yang tersirat mungkin lebih besar lagi.

Hikmah inilah yang perlu kita cungkil. Hikmah inilah yang perlu kita fahami dan hayati supaya cara dan maksud kita menyambut Maal Hijrah itu tidak tersasar dan supaya kita dapat ilmu dan iltizam baru dalam menghayati dan memperjuangkan Islam itu setiap kali kita menyambut Maal Hijrah.

Ada pihak termasuk akhbar, yang menterjemahkan atau yang memahami hijrah itu sebagai melarikan diri atau seeking refuge hingga Rasul dan orang-orang Islam yang berhijrah itu dinamakan pelarian atau refugees. Ini adalah terjemahan atau fahaman yang salah. Buruk sangat bunyinya. Seolah-olah Rasul dan umat Islam ketika itu kena halau oleh kaum musyrik. Mengatakan Rasulullah itu pelarian atau refugee adalah salah. Ini kerana apa sahaja yang dibuat oleh Rasulullah sama ada yang berben-tuk perkataan atau perbuatan adalah arahan wahyu dari Allah. Rasulullah tidak berbuat sesuatu sesuka hati atau dari kehendak dirinya sendiri. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berat dan sangat besar implikasi dan kesannya seperti hijrah ini.

Rasa yang timbul di hati Rasulullah hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah itu adalah wahyu dari Tuhan. Ia bukan kehendak Rasulullah sendiri. Kalau Rasul tidak berhijrah pun, dia tidak akan terancam atau tergugat. Dia tetap akan dipelihara Tuhan. Jadi, disebabkan rasa di hati Rasulullah untuk berhijrah itu adalah wahyu, maka ia adalah perkara yang besar. Ia ada campur tangan Tuhan. Malahan ia adalah perancangan Tuhan. Ia adalah strategi Tuhan yang mengandungi banyak hikmah. Ia adalah cara Tuhan untuk menyempurnakan agama Islam yang belum sempurna lagi di waktu itu.

Mari kita lihat kepada sejarah. Kita semua maklum bahawa Rasulullah SAW berjuang dalam dua peringkat atau dalam dua era, iaitu pertama sebelum hijrah dan kedua, selepas hijrah. Peringkat pertama berlaku di Mekah selama tiga belas tahun dan peringkat kedua di Madinah selama sepuluh tahun. Selama tiga belas tahun di Mekah, terlalu sedikit keterlibatan para Saha-bat dengan syariat. Kebanyakannya berhubung dengan ketau-hidan iaitu dengan hal-hal ketuhanan, Akhirat, mati, Syurga, Neraka dan hal-hal yang seperti itu. Bahkan semasa berlaku hijrah itu, para Sahabat baru dua tahun mengamalkan solat atau sembahyang seperti mana kita bersembahyang sekarang ini. Ini kerana perintah sembahyang hanya turun sewaktu berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj pada tahun kesebelas era Mekah atau selepas sebelas tahun Rasulullah diangkat menjadi nabi dan rasul. Di Madinah, baru para Sahabat banyak terlibat dengan hal-hal syariat. Ini termasuklah dengan hal-hal periba- datan lain dan juga dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraan, perundangan, pemerintahan dan sebagainya.

Mengapa berlaku begitu? Sebab agama bukan semata-mata tentang syariat. Agama hakikatnya adalah tentang Tuhan, Syariat hanyalah cara untuk melahirkan rasa cinta dan takut kepada Tuhan dan untuk melahirkan rasa kebesaran terhadap Tuhan. Syariat adalah untuk memulia, membesar dan meng- agungkan Tuhan. Syariat adalah cara untuk kita mengabdikan diri kepada Tuhan. Apa ertinya syariat dan apa ertinya sem-bahyang kalau orang tidak kenal Tuhan, tidak cinta dan tidak takut Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW mendidik para Sahabat selama tiga belas tahun di peringkat Mekah untuk kenalkan Tuhan, untuk dapatkan Tuhan, untuk cinta dan takutkan Tuhan dan untuk cintakan Rasul dan Akhirat.

Di peringkat Madinah baru turun perintah untuk melaksana- kan syariat yang beribu-ribu banyaknya dan berbagai-bagai bentuknya. Semua perintah syariat itu mudah sahaja dilaksana-kan oleh para Sahabat kerana itulah cara untuk mereka mem persembahkan rasa cinta mereka kepada Tuhan yang sudah tersedia tertanam di hati-hati mereka.

Dalam Quran juga, ada ayat yang turun di era Mekah yang dinamakan ayat-ayat Makkiyah dan ada ayat yang turun di era Madinah yang dinamakan ayat-ayat Madaniah. Perbezaan yang nyata dan ketara di antara kedua-dua jenis ayat ini ialah ayat Makkiyah banyak memperkatakan tentang soal ketuhanan, ke-tauhidan dan keimanan walhal ayat Madaniah banyak menekankan tentang soal syariat, hukum hakam, pelaksanaan dan pengamalan. Di sini jelas bahawa hijrah itu bukan satu accident atau satu kebetulan. Ia perkara yang dirancang. Wahyu yang turun pun berbeza kandungannya bermula dari detik berlakunya hijrah.

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Sesungguhnya setiap amalan itu disertai dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang dinilai dari apa yang diniatkan. Sesiapayang hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah dinilai kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapayang hijrah kerana dunia yang diidamkan atau perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya dinilai kerana itulah." (Riwayat Bukhari)

Di sini jelas bahawa Rasulullah menyebut tentang hijrah itu sebagai satu amalan yang kalau sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka dia akan dapat Allah dan Rasul. Oleh itu hijrah adalah satu ibadah. Ia bukan satu perbuatan yang berlaku secara kebetulan. Ia adalah satu tindakan yang terancang dan serius.

Mungkin ketika Tuhan menanamkan di hati Rasulullah rasa untuk berhijrah, Rasulullah belum faham akan maksud dan hikmahnya. Para Sahabat juga tidak tahu. Tetapi kerana itu satu perintah dari Tuhan, maka Rasulullah dan para Sahabat ikut sahaja. Setelah mereka berhijrah, baru mereka faham.Rupa-rupanya dengan hijrah itu, luhan mahu meninggikan wibawa Rasulullah SAW. Ini terbukti dalam sejarah.

Rasulullah itu penyelamat bagi manusia. Namun sekiranya orang tidak dapat melihat wibawa yang ada pada Rasulullah, orang tidak akan dapat menerimanya. Mula dari detik berlakunya hijrah, wibawa Rasulullah meningkat dan bertambah meningkat hingga baginda dapat tawan semula Mekah.

Perkara pertama yang menampakkan wibawa Rasulullah ialah kemampuannya mendidik para Sahabat hingga menjadi orang-orang yang cinta Tuhan, cinta Akhirat, cinta Rasululla dan orang-orang yang rapat dengan Tuhan, mabuk dengan Rasulullah dan mabuk dengan Akhirat. Apabila diperintah berhijrah dan berpindah ke Madinah, semuanya patuh dan semuanya pindah. Bukan senang para Sahabat hendak pindah. Perjalanan susah, sukar dan penuh keperitan dan memakan masa sampai sebulan. Kena bawa unta dan kambing kerana itulah kehidupan mereka. Bukan senang hendak tinggalkan kampun halaman tempat dilahir dan dibesarkan. Tinggalkan kebun, tinggalkan rumah. Tempat di mana semuanya telah tersedia dan terbiasa. Hendak menuju ke tempat asing yang belum tentu keadaannya dan terdedah pula kepada berbagai kemungkinan. Kalau tidak kerana cinta Allah, cinta Rasul dan cinta Akhirat, memang tidak mampu untuk pindah. Tetapi bila sudah tertanam cinta pada Allah, pada Rasul dan pada Akhirat, apabila disuruh pindah, semuanya taat dan semuanya pindah kecuali yang tua, yang sakit dan yang miskin.

Orang nampak kehebatan Rasulullah ini. Apakah kekuatan yang ada padanya hingga apabila dia suruh pindah, pengikut nya pindah tanpa soal walaupun pindah itu satu perkara yang sangat susah, perit dan menyeksakan. Apakah hikmah yang ada pada Muhammad ini. Hal ini didengar oleh orang-orang Rom, orang-orang Parsi dan kaum Arab dari bani dan kabilah lain. Dunia tercengang dan terkejut. Itulah cara Tuhan bina wibawa Rasulullah

Perkara kedua, ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, dia disambut oleh orang-orang Islam Madinah dengan begitu meriah sekali sambil bernasyidkan "Thola'al Badru". Raja datang pun orang tidak buat begitu. Orang mula bertanya, siapakah Muhammad ini? Apa kebesaran dia? Apa keistimewaan dia?

Perkara ketiga, dalam berhijrah beramai-ramai itu, harta banyak tertinggal. Yang dibawa oleh kaum Muhajirin hanya sedikit kambing dan unta. Namun orang Madinah atau kaum Ansar, kerana cinta mereka kepada kaum Muhajirin itu, yang ada dua rumah, dua kebun, diberi satu kepada kaum Muhajirin atau dikongsikan. Yang tidak ada isteri, dikahwinkan. Yang ada dua isteri, diceraikan seorang untuk dikahwinkan dengan kaum Muhajirin.

Dunia terkejut dengan peristiwa ini. Bukan sahaja kerana kesanggupan kaum Ansar yang begitu tinggi untuk membela dan membantu kaum Muhajirin, tetapi juga kerana perubahan sikap dan watak mereka itu yang selama ini hanya tahu ber-gaduh dan berperang sahaja. Siapakah sebenarnya Muhammad ini yang telah mengubah watak, sikap dan perangai mereka itu sampai begitu sekali?

Perkara keempat, bangsa yang berkuasa di waktu itu di Madinah ialah puak Aus dan Khazraj. Beratus-ratus tahun mereka berperang. Tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka boleh berdamai dan boleh berkasih sayang. Selama ini, sebegitu banyak pemimpin yang datang dan pergi, tidak ada yang mampu mendamaikan mereka. Orang mula bertanya, apakah yang Muhammad buat hingga boleh terjadi begini?

Perkara kelima dan yang paling mengejutkan ialah tentang orang Yahudi. Nabi SAW sendiri mulanya tidak menyedari hal ini tetapi perkara ini dalam perancangan Tuhan. Ketika itu Yahudi telah berkuasa di Madinah selama 300 tahun. Selama 300 tahun orang Arab mengikut telunjuk mereka. Kaum Yahudi ini cerdik, pandai, ada ilmu dan mereka menguasai ekonomi. Mereka menghasut orang-orang Madinah supaya mereka asyik berperang. Dengan permusuhan dan perpecahan yang berlaku di kalangan orang Arab Madinah itu, Yahudi untung. Mereka tidak diganggu. Mereka bebas membuat apa sahaja dan mereka mudah memperkotak-katikkan dan menindas bangsa Arab.

Kaum Yahudi jadi kapitalis di Madinah. Mereka beli bahan mentah orang Arab pada harga yang amat murah dan mereka jual dengan harga mahal. Pengeluar bahan mentah rugi dan pembeli pun rugi. Kos hidup menjadi mahal dan tinggi. Yahudi menjadi kaya-raya di atas penindasan terhadap kaum Arab. Madinah ketika itu menjadi pusat ekonomi kapitalis Yahudi.

Selepas Rasulullah sampai ke Madinah, dipersaudarakannya kaum Ansar dan Muhajirin. Kemudian diarahkan Sayidina Abdur Rahman bin Auf membuka pasar Ansar. Oleh kerana cinta Tlihan, takut Tuhan dan cinta Akhirat, maka terjalin perpaduan di kalangan umat Islam. Mereka akhirnya memulaukan perniagaan Yahudi. Bahan-bahan mentah dibeli oleh umat Islam dengan harga yang berpatutan dan dijual pula dengan harga yang berpatutan. Kedua-dua pihak dapat untung. Pengusaha untung dan pengguna pun untung.

Dengan didikan Rasulullah SAW dan dengan persaudaraan yang tercetus di antara orang Ansar dengan Muhajirin, mereka memulaukan ekonomi Yahudi dan mereka berdiri sendiri. Maka tamatlah riwayat ekonomi kapitalis Yahudi di Madinah. Dalam masa enam bulan sahaja, orang Yahudi terpaksa gulung tikar. Mereka keluar dari Madinah. Kalau dahulu mereka menghisa darah orang Arab dengan memonopoli ekonomi dan perniagaan di Madinah, tetapi kali ini mereka tidak boleh lagi hidup di Madinah. Yahudi lari ke Palestin dengan sangat terhinanya Dunia gempar terutama sekali kaum Yahudi. Apa sudah jadi? Apa Muhammad buat? Wibawa Rasulullah semakin meningkat.

Perkara-perkara inilah yang orang tidak ceritakan. Perkara perkara inilah yang surat-surat khabar tidak sebut. Apa yang disebut ketika menyambut Maal Hijrah sekarang ini tidak ada kena-mengena dengan apa yang sebenarnya berlaku ketika
hijrah. Tentang cinta dan takut Tuhan. Tentang cinta Rasul dan cinta Akhirat. Tentang pendidikan Rasulullah. Tentang ketaatan. Tentang kasih sayang dan perpaduan. Tentang bela-membela dan bertolong bantu. Tentang mendamaikan puak-puak yang berseteru dan terutamanya tentang bagaimana Islam mengalahkan dan mengusir kaum Yahudi dan bagaimana umat Islam keluar dari cengkaman dan tipu daya mereka.

Bayangkan, orang Yahudi terusir dan terpaksa pindah ke Palestin dengan terhina. Sebab itu sampai sekarang Yahudi terlalu marah dengan orang Arab. Ini perkara besar. Dunia gempar ketika itu. Inilah isu-isu yang patut dihighlightkan. Ia berkaitan dengan wibawa umat dan agama Islam itu sendiri. Perkara inilah yang patut kita ingatkan dan ambil pelajaran setiap kali kita menyambut Maal Hijrah. Jelas bahawa maksud Maal Hijrah kini telah dilacurkan, disalah tafsir dan disalahgunakan. Peristiwa hijrah dan awal Muharam yang begitu besar ertinya, umat Islam tidak tahu dan tidak faham. Ia hanya dianggap sebagai permulaan tahun Islam dan tidak lebih dari itu.

Lima perkara tadi menjadikan Rasulullah SAW sangat berwibawa. Bangsa-bangsa lain hendak ambil tahu dan hendak faham apa yang Nabi buat. Para raja dan pembesar datang ziarah ke Madinah dan kembali membawa berita dan cerita.

Dunia ketika itu sedang dalam keadaan huru-hara dan tidak selamat. Manusia sedang mencari penyelamat. Mereka merasakan, jangan-jangan Muhammad ini penyelamat. Mereka sangat ingin tahu. Mereka nampak kehebatan Rasulullah. Orang berperang boleh disatukan. Yahudi boleh hancur. Sebab itu, bila Rasulullah diperintah kembali dan menawan Mekah, perang yang berlaku kecil sahaja. Hanya dua puluh orang sahaja yang terlibat. Orang-orang Mekah sudah menganggap Rasulullah itu penyelamat. Apabila tentera Islam masuk Mekah, orang Mekah beramai-ramai masuk Islam.
Bila Mekah dapat ditawan, maka rakyat bangsa Rom dan Parsi dan juga orang-orang Arab yang lain inginkan kedatangan pengikut-pengikut Muhammad ke negara mereka. Mereka sudah tidak tahan dengan raja dan pemerintah mereka yang terlalu zalim. Mereka sudah bergaduh beratus-ratus tahun lamanya. Mereka mahu bernaung di bawah Muhammad. Mereka menganggap Muhammad itu penyelamat.

Sebab itu selepas Rasulullah SAW wafat, tentera Islam masuk ke Palestin dan ke Iraq. Mereka tawan Rom dan Parsi. Kebanyakan peperangan ini dibantu oleh rakyat negara-negara yang diserang. Mereka sabotaj negara dan raja mereka sendiri sebab raja-raja mereka terlalu zalim dan menindas. Mereka menganggap Islam penyelamat. Walaupun yang membawa Islam itu bangsa Arab dan bukan bangsa mereka sendiri namun mereka ingin diselamatkan.

Jadi, sebenarnya Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW supaya berhijrah dari Mekah ke Madinah bukan sebagai pelarian. Ia merupakan suatu strategi jangka panjang untuk ditiru oleh para pejuang Islam sepanjang zaman. Siapa yang menjadi penyelamat mesti ada wibawa. Kalau tanpa wibawa, ilmu banyak pun tidak berguna. Kalau tiada wibawa, orang tidak akan yakin, tidak akan mahu terima dan tidak akan tunduk. Hendak jadi penyelamat, tidak cukup hanya dengan ilmu yang banyak atau peribadi yang baik. Penyelamat mesti juga ada wibawa.

Inilah di antara hikmah-hikmah peristiwa hijrah yang tidak dicungkil oleh ulama. Ini baru sedikit. Masih banyak lagi hikmah-hikmahnya yang belum dicungkil lagi. Setakat lima perkara tadi pun sudah cukup untuk kita mengakui betapa hebatnya Rasulullah SAW.

Peringkat pertama selama tiga belas tahun di era Mekah memang susah. Kerja-kerjanya berat. Tetapi selepas itu semuanya senang dan mudah. Bila sudah ada wibawa, orang mula menyerah. Kita kena belajar dari peristiwa hijrah Rasulullah ini. Hijrah untuk menyerlahkan wibawa Rasulullah sebagai penyelamat dunia.

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer