Bab 10 Rahmat Berkat Istidraj






Rahmat, Berkat dan Istidraj



Rasulullah SAW itu adalah manusia yang paling hampir dan paling dicintai oleh Allah SWT. Kalau Nabi Musa A.S. itu digelar Kalamullah (yang berkata-kata dengan Allah), Nabi Ibrahim A.S. digelar Khalilullah atau sahabat Allah, Rasulullah SAW pula digelar Habi-bullah iaitu kekasih Allah. Tidak Allah ciptakan dan tidak Allah jadikan sesuatu itu kalau tidak kerana Rasulullah, hatta walau sehelai rumput atau sebutir debu sekalipun. Lebih-lebih lagilah bumi yang luas ini, bulan, bintang dan matahari. Malahan seluruh alam nyata atau alam syahadah ini tidak akan Tuhan ciptakan kalau tidak kerana Rasulullah.

Bukan setakat itu sahaja. Alam-alam lain termasuk alam-alam ghaib juga Tuhan ciptakan kerana kekasihnya Rasulullah. Baik alam insan, haiwan, tumbuhan, alam jin, alam malaikat, alam roh, alam Barzakh, alam Akhirat, Syurga dan Neraka. Segala bentuk alam dan makhluk dicipta-kan oleh Tuhan hanya kerana Rasulullah SAW.

Memang Tuhanlah yang mencipta tetapi Tuhan tetapkan kepada Dirinya, Dia mencipta itu kerana seseorang. DiciptaNya alam ini kerana Rasulullah SAW. Seluruh alam-alam tersebut seolah-olah satu hadiah Tuhan kepada Rasulullah demi untuk memuliakan hamba dan kekasih-Nya itu.

Tuhan mengangkat pula Rasulullah sebagai Sohibul Azman iaitu penguasa bagi setiap zaman atau penguasa untuk se panjang zaman. Ertinya pentadbiran, kuasa dan hal ehwal setiap zaman adalah di tangan dan di bawah pengaruh Rasu lullah SAW sama ada sebelum lahirnya, semasa hidupnya dan sesudah wafatnya. Selain Rasulullah SAW sebagai Sohibul Azman, ada pula orang-orang yang dilantik Tuhan sebagai Sohibul Zaman iaitu penguasa bagi zaman mereka masing masing. Mereka hanya berkuasa di zaman mereka sahaja.

Para rasul selain Rasulullah SAW adalah sohibul zaman bagi zaman-zaman mereka. Selepas wafat Rasulullah, dilantik pula para mujaddid sebagai sohibul zaman di zaman mereka dan ini berlaku pada setiap awal kurun atau pada setiap 100 tahun Apa sahaja yang berlaku adalah dari rahmat-Nya. Di antara rahmat Tuhan ada yang disalurkan melalui Rasulullah.
Tuhan berfirman dalam Al Quran:

Maksudnya: "Dan tidak diutuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam." (Al Anbiya: 107)

Apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk adalah melalui Rasulullah. Bila rahmat ini dialirkan kepada hamba hamba Allah yang lain, maka dia akan jadi di antara dua perkara iaitu sama ada ianya berkat atau istidraj.

BERKAT

Berkat ertinya bertambah. Berkat datang atau berasal dari rahmat. Berkat adalah untuk orang-orang yang bertaqwa. Ia diberi dari redha dan kasih sayang Tuhan.

ISTIDRAJ

Istidraj adalah untuk orang-orang yang derhaka kepada Tuhan sama ada orang kafir mahupun orang Islam. Ia diberi oleh Tuhan dengan marah dan murka.

Tuhan tidak mengamalkan diskriminasi dalam memberikan rahmat kepada hamba-hamba-Nya. Tuhan bagi kepada semua orang. Namun kepada orang-orang yang bertaqwa, apa yang Tuhan bagi menjadi berkat. Kepada orang-orang yang derhaka pula, apa sahaja yang Tuhan bagi menjadi istidraj. Kalau dilihat pada lahirnya, berkat dan istidraj ini sama sahaja. Sama sahaja bendanya. Tapi kesan dan side-effectnya berbeza. Kalau sesuatu itu ada berkatnya, akan timbul kesan-kesan yang positif. Akan timbul kasih sayang, perpaduan, ketenangan, bertambah iman dan bertambah taqwa. Kalau sesuatu itu Tuhan beri dengan istidraj, akan timbul berbagai-bagai kesan yang negatif seperti perpecahan, pergaduhan, jenayah, kezaliman, ketidak-adilan dan huru-hara.

Kalau kita mendapat apa-apa kebaikan (berkat), terutama di dalam sebuah jemaah, ia mesti disandarkan kepada berkat orang lain untuk mudah kita menjaga hati. Tidak terasa kita hebat atau mulia. Berkat mesti dijaga. Kalau tidak, ia boleh bertukar menjadi istidraj terutama kalau timbul rasa riyak, megah, sombong dan rasa diri pandai dan mampu. Ibarat kita mendapat buah yang banyak lagi manis. Tidak boleh kita lupakan tangkainya, rantingnya, dahannya dan batangnya. Sangat tidak patut kita lupakan pokoknya. Kerana kalau tidak kerana pokok, masakan akan ada buahnya.

Ramai orang Islam sekarang hanya hendak mudah dan hendak senang. Mereka hendak jadi kaya, hendak berilmu, hendak maju dan hendak dapat berbagai-bagai nikmat dan kelebihan tidak kira atas dasar apa. Atas dasar istidraj pun tidak mengapa. Sebab itulah umat Islam, dalam hendak membangun dalam hendak mengejar kemajuan, mereka semakin jauh dari Tuhan hingga akhirnya Tuhan dilupakan. Apa sahaja yang mereka dapat semuanya adalah berbentuk istidraj semata-mata yang penuh dengan kesanJ)uruk dan negatif. Inilah puncannya makin banyak umat Islam berusaha, makin mereka jadi lemah jadi hina, berpecah-belah, herbalah, bergaduh dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit jenayah dan gejala sosial.

Selagi umat Islam tidak mengusahakan taqwa, selagi itulah apa sahaja yang mereka dapat dari Tuhan, melalui rahmat Rasulullah, baik ilmu, baik kekayaan, baik kemajuan dan se bagainya tidak akan ada berkatnya. Ia hanya berbentuk istidraj. Justeru itu tidak akan ada baik atau kesan positifnya. Apa pun kemajuan atau kebaikan yang dicapai, semuanya akan men datangkan bala dan bencana. Semuanya akan memudharatkan. Semuanya akan memusnah dan memporak-perandakan masyarakat. Semuanya akan berakhir dengan kehinaan dan kehancuran.

Kalau umat Islam hendak maju dan hendak jadi mulia, kita kena tentukan supaya segala hasil usaha kita itu berkat. Yakni diredhai oleh Tuhan dan diberi-Nya dengan penuh kasih sayang Untuk itu kita kena usahakan taqwa kerana berkat itu hanya untuk orang-orang yang bertaqwa. Hasil usaha yang tidak berlandaskan taqwa hanya akan mengundang istidraj. Istidraj adalah kebencian dan kemurkaan Tuhan. Dengan istidraj, kita akan terhina dan terseksa di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat.

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer