Bab 07 Bagaimana Umat Islam Boleh Keluar dari Kehinaan





Untitled Document




Siapapun tidak dapat menafikan bahawa seluruh dunia umat Islam terhina. Mereka lemah, miskin, mundur dan berpecah belah. Walaupun umat Islam ramai di dunia sampai satu setengah bilion jumlahnya, namun mereka tetap terhina. Mereka tidak bersatu, tidak berpadu dan tidak ada kasih sayang di antara satu sama lain. Malahan berlaku pergeseran pergaduhan dan peperangan sesama umat Islam sendiri.

Sebabnya ada yang lahir dan ada yang batin, Namun sebab yang lahir itu, kalau diamati dan diteliti secara mendalam, bukanlah sebab yang sebenar. Umat Islam lemah, miskin, mundur dan terhina bukan kerana mereka tidak berpelajaran. Bukan kerana mereka tidak berilmu. Bukan juga kerana bumi negara umat Islam tidak subur atau tidak ada kekayaan alam semula jadi. Sebab-sebab batin dan kelemahan rohanilah punca yang pokok dan yang sebenar. Sebab-sebab lahir itu hanya buah dari kelemahan-kelemahan batin itu.

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: `Akan tiba ketikanya kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang-orang yang berebut untuk makan suatu hidangan."
Para Sahabat bertanya: 'Apakah ketika itu jumlah kami sedikit, ya Rasulullah?"
Jawab Baginda: "Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih-buih ketika air bah, sedang kamu ditimpa penyakit wahan."
Mereka bertanya lagi: `Apakah penyakit wahan itu ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Kecintaan kepada dunia dan takut mati." (Riwayat Abu Daud)

Umat Islam akhir zaman sangat cintakan dunia hingga sanggup mati kerananya. Umat Islam akhir zaman sanggup mati kerana harta dan kekayaan, kerana perempuan, kerana kuasa dan pengaruh, kerana nama dan glamour, kerana pangkat dan jawatan dan kerana hal-hal dunia yang lain-lain lagi. Oleh kerana mereka sudah tidak cintakan Tuhan maka lama kelamaan mereka lupakan Tuhan. Mereka tidak mahu dan tidak rela mati kerana Tuhan.

Oleh itu Tuhan berlepas diri dari umat Islam. Tuhan biarkan sahaja umat Islam kepada orang kafir. Tuhan tidak tolong dan Tuhan tidak bela mereka. Maka bermaharajalelalah orang kafir terutama orang Barat mengkeronyok dan menjajah umat Islam. Disebabkan pengaruh penjajahan ini, umat Islam hilang empayar. Hilang ummah. Hilang hikmah. Hilang wibawa. Hila perpaduan dan kasih sayang. Hilang persaudaraan Islam dan timbul semangat kebangsaan dan etnik. Umat Islam berpeca belah. Umat Islam jadi miskin, lemah dan mundur. Dalam erti kata yang lain, umat Islam terhina, tidak dihormati dan tidak ditakuti oleh masyarakat dunia.
Apakah jalan keluar untuk mendapatkan kembali kemuliaan kehormatan dan wibawa umat Islam. Apakah jalan keluar untuk menebus kehinaan ini. Jawapannya ada di dalam Al Quran. Namun tidak ramai ulama yang faham walaupun ayat ini dibaca ratusan malahan ribuan kali. Kerana kebanyakan mereka hanya memahami maksud yang tersurat sahaja. Maksud yang tersirat mereka tidak mampu mencungkilnya. Tuhan berfirman:

Maksudnya: `Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada kecuali kamu menegakkan dua hubungan, iaitu hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan habiumminannas (hubungan sesama manusia). (Ali lmran: 112)

HABLUMMINNALLAH

Hablumminallah di dalam ayat ini bukan setakat mengerjakan sembahyang, berpuasa, bayar zakat, pergi haji atau berwirid berzikir, membaca Quran dan sebagainya. Itu yang lahir. Hablumminallah di sini lebih menjurus kepada kesan dan hasil dari amalan lahir itu. la lebih kepada hubungan hati atau hubung batiniah dan rohaniah dengan Tuhan. Kita pun tahu bahawa

segala amalan lahir itu, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membina hubungan batiniah atau rohaniah seperti ini. Hubungan batiniah inilah yang diambil kira oleh Tuhan. la adalah natijah dari ibadah yang kita buat.

Hubungan batiniah atau rohaniah atau secara tepatnya hubungan seorang hamba dengan Allah itu berperingkatperingkat. Peringkat-peringkat ini dapat dijelaskan seperti berikut:

  1. Setakat percayakan Tuhan
    Percayakan Tuhan dan segala sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Ini adalah tahap kepercayaan paling asas supaya tidak jatuh kafir. Ini tidak cukup.
  2. Percayakan Tuhan dengan ilmu
    laitu percayakan Tuhan dengan ilmu dan dalil seperti belajar sifat 20. Percayakan Tuhan dengan ada hujah. Ini lebih baik dari tahap di atas tetapi masih tidak cukup.
  3. Peringkat orang soleh
    Setelah mengenal Tuhan melalui peringkat 1 dan 2, maka datang rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Bila mengenal Tuhan itu sudah sampai ke peringkat rasa seperti ini dan tidak lagi hanya di fikiran, ini adalah hubungan di peringkat orang soleh. Mungkin akan selamat di Akhirat tetapi di dunia tetap akan terhina.
  4. Taqwa
    Selain ada rasa cinta dan takut dengan Tuhan, timbul rasa-rasa bertuhan yang lain seperti rasa hebat dengan Tuhan, rasa gerun, rasa Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Perkasa dan lain-lain lagi. Di samping itu timbul juga rasa kehambaan seperti rasa diri sangat lemah, hina dan kerdil di sisi Tuhan. Rasa-rasa ini dibawa ke mana-mana. Hati sentiasa hidup dan sentiasa terasa kebesaran Tuhan. Kehinaan dan kecilnya diri sangat terasa sama ada di waktu duduk, di waktu bekerja, waktu makan dan sebagainya.
  5. Mabuk dengan Tuhan
    Ini peringkat orang yang mabuk dengan Tuhan. Perasaannya tenggelam dengan Tuhan. Dia asyik mahsyuk dengan Tuhan. Kalau dia bukan pemimpin, tentu dia akan jadi gila. Kalau dia pemimpin, Tuhan selamatkan kerana pemimpin ada pengikut. Dia perlu perasaan yang stabil untuk melaksanakan tugas kepimpinannya.
  6. Muqarrabin dan Siddiqin
    Ini peringkat yang teratas. Orang yang 'qarib' atau hampir dengan Tuhan dan orang-orang yang benar.

Hablumminallah atau hubungan dengan Tuhan yang perlu ditegakkan sehingga umat Islam dapat keluar dari kehinaan, setidak-tidaknya adalah di peringkat taqwa. Di peringkat orang soleh atau yang kurang dari itu adalah tidak memadai. Ia belum dianggap sudah menegakkan hubungan dengan Tuhan. Uni Islam akan terus terhina.

Bagi umat Islam, kalau hendak keluar dari kehinaan, pertamanya mestilah dengan memperbetulkan hubungan rohani dengan Tuhan. Umat Islam mesti mengusahakan taqwa. Itulah maksud sebenar hablummtrtallah dalam ayat yang disebut di atas. Ia bukan setakat mengerjakan sembahyang, berpuasa, bayar zakat, tunaikan haji, berwirid, berzikir, baca Quran dan usaha-usaha lahir seperti itu.
Berapa lama umat Islam telah melakukan ini semua teta semakin hari mereka bertambah lemah dan bertambah terhina Ibadah-ibadah lahir yang tidak membina hubungan roha dengan Tuhan dan tidak membina taqwa, tidak ada nilai ap apa di sisi Tuhan. Kalau itulah sahaja usaha kita, kita akan terus menerus terhina.

HABLUMMINANNAS

Kedua, ialah menegakkan hubungan sesama manusia sesudah ditegakkan hubungan dengan Tuhan iaitu setelah mengusahakan tagwa. Menegakkan hablumminannas ini mesti berasaskan perkara-perkara berikut:
1. Jemaah
Menegakkan hablumminannas secara individu tidak memadai. la tidak berkesan dan tidak boleh dibuat secara besar-besaran. Di samping itu, banyak usaha dalam konteks hablumminannas ini tidak dapat dibuat secara perseorangan. la perlu dibina secara kumpulan yang bersatu padu, berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama dan dengan komitmen yang sungguh tinggi. Di dalam jemaah itu ada pemimpin dan ada disiplinnya. Ini sangat perlu.
2. Sistem
Mesti melahirkan sistem-sistem dalam jemaah mengikut kehendak Tuhan seperti sistem pendidikan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, kesihatan dan lain-lain. Melalui sistem-sistem inilah kehidupan lahiriah umat Islam akan dapat dimartabatkan dan umat Islam akan terlepas dari sistem-sistem ciptaan musuh yang menekan, menindas dan menghinakan.
3. Perjuangan
Lahirkan perjuangan atau jihad dalam dan dengan jemaah. Dengan perjuanganlah akan terbina cara hidup Islam secara lahir dan basin. Dengan perjuangan jugalah nilai-nilai Islam ini akan dapat dilindung dan dipelihara. Ada tiga perkara yang penting dalam Islam:
- Iman
- Syariat (terutama sembahyang)
- Jihad
Tanpa jihad, iman dan syariat boleh hancur. Jihad itu penguat, pemelihara dan pelindung. Umat yang tidak berjihad itu akan binasa. Firman Tuhan:

Maksudnya: `Jangan kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan (dengan tidak berjuang dan berjihad)." (Al Baqarah: 195)

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer