Muqadimmah






Muqaddimah



Masyarakat Islam di seluruh dunia hari ini sudah rosak dan haru-biru. Di sana-sini umat Islam huru-hara, kelam-kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidak sehaluan, tidak sependapat dan tidak bersatu fikiran.
Para pemimpin sudah tidak memimpin apatah lagi mendidik. Kehidupan berkeluarga punah-ranah, tidak ada ketenangan dan kebahagiaan lagi. Anak-anak resah dan gelisah bila di rumah. Mereka lebih suka hidup di luar.
Masyarakat Islam sudah ibarat kain buruk yang luntur warnanya. Berculang-caling, bertom-pok-tompok. Ini kerana ia telah dipengaruhi dan dirosakkan oleh berbagai hal dan keadaan. Dengan kata lain, umat Islam telah terhina di mana-mana.

Bagaimana untuk memperbaiki keadaan umat dan masyarakat Islam yang sudah kronik ini? Dengan apa harus dimula-kan? Dengan duit? Dengan hiburan? Dengan politik? Dengan ilmu? Dengan teknologi? Dengan kemajuan? Dengan pembangunan? Dengan ekonomi? Atau dengan apa?

Jawapannya mudah. Ia terpapar jelas pada wahyu dan sun-nah iaitu dengan iman dan ilmu. Iman dan ilmu ini mesti ditanam di hati umat Islam melalui pendidikan. Hanya melalui pendidikan baru datang penghayatan dan penjiwaan.

Dari penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru timbul rasa cinta pada Allah, pada Rasulullah dan pada Islam. Selepas cinta, akan datang rasa takut pada Allah.

Dari rasa takut pada Allah inilah akan timbul ketaatan. Umat Islam akan melaksanakan hukum hakam dan syariat Tuhan. Mereka akan buat apa yang Allah suruh dan akan tinggalkan apa yang Allah larang.

Bila umat Islam mematuhi syariat Islam dan menjadikan seluruh syariat Islam itu sebagai sistem dan cara hidup maka akan lahirlah satu bangsa yang bertaqwa.

Bila suatu bangsa itu sudah sampai ke tahap taqwa, maka barulah akan datang bantuan dan pembelaan dari Allah Taala. Dengan pembelaan Allah, akan datang kekuatan dan kedaulatan, dan umat Islam akan berjaya. Umat Islam akan menjadi obor kepada semua bangsa dan agama lain di dunia. Inilah proses dan methodologinya.

Kaedah dan metodologi tidak ada apa-apa makna kalau tidak ada yang melaksanakannya. Mewujudkan kaedah atau metho-dologi adalah mudah. Tetapi untuk mencari orang yang layak dan mampu untuk melaksanakannya adalah satu perkara yang lain.

Oleh itu proses atau methodologi ini mempunyai satu syarat yang sangat penting. Ia memerlukan kepada seorang pelaksana yang akan memulakannya dan yang akan membawanya sampai ke hujung. Pelaksana ini mesti seorang yang istimewa. Dia mesti berbeza dari manusia yang akan dididiknya. Dia mesti berbeza dari orang-orang biasa.

Pelaksana ini juga mesti seorang pemimpin. Bukan pemimpin biasa. Bukan calang-calang pemimpin. Dia mesti seorang pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia yang dihormati dan disegani, yang disayangi dan dipatuhi.

Pemimpin seperti ini bukan boleh dibeli di mana-mana. Bukan boleh diimport. Bukan boleh diundi dan bukan boleh dilantik oleh manusia. Pemimpin seperti ini datang dari Tuhan. Itu sebab ada Hadis yang bermaksud lebih kurang:
"Kalau Allah hendakkan kebaikan pada sesuatu bangsa atau kaum, akan dihantarkan-Nya seorang pemimpin."

Pemimpin wakil Tuhan ini akan membawa rakyat kepada Tuhan. Dia akan membina keinsanan rakyat dan mendidik rakyat menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa hingga negara akan menjadi seperti yang Allah SWT firmankan:

Maksudnya: "Negarayang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba': 13)

Pemimpin ini juga dibekalkan oleh Tuhan ilmu yang mampu menyelesaikan seluruh permasalahan di zamannya sebagaimana diturunkan wahyu kepada para nabi dan para rasul. Di waktu ini wahyu sudah tidak turun lagi. Ini kerana wahyu untuk para nabi dan para rasul sahaja. Nabi dan rasul juga sudah tidak ada lagi. Rasulullah s.a.w adalah penutup segala nabi dan rasul.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa Tuhan tidak terus turunkan wahyu kepada manusia selepas wafat Rasulullah supaya manusia akan terus mendapat panduan dari Tuhan. Sebenarnya tidak perlu wahyu itu terus diturunkan kerana agama Islam sebagai agama penutup telah selesai diturunkan dan telah disempurnakan oleh Tuhan. Manusia tidak perlu lagi kepada wahyu. Al Quran itu, sudah cukup dan lengkap dan sesuai digunakan sebagai panduan untuk sepanjang zaman.

Namun begitu, tidak benar kalau kita katakan bahawa dengan tidak adanya wahyu, Tuhan sudah tidak berhubung lagi dengan manusia. Tuhan tetap berhubung dan memberi ilmu dan kefahaman kepada manusia terutama dalam memahami ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang maksudnya belum jelas atau yang perlu dijelaskan untuk panduan manusia di sesuatu zaman yang tertentu. Zaman berubah, tamaddun berubah, fikiran dan cara hidup manusia berubah. Oleh itu tafsiran ayat-ayat Al Quran atau Hadis perlu difahami sesuai dengan zaman yang beredar. Di sinilah peranan ilham.

Ilham diberi oleh Tuhan kepada orang-orang yang dipilih-Nya atau wakil-Nya untuk menerangkan maksud ayat-ayat dan Hadis di dalam konteks dan suasana zaman yang berkenaan. Al Quran, Hadis dan hukum-hakam tidak berubah. Ia didatangkan melalui wahyu dan sudah lengkap. Tetapi fahaman terhadap ayat dan Hadis itu boleh dijelaskan, dikuatkan atau ditambah dengan fahaman-fahaman baru dengan tidak menafikan fahaman-fahaman lama, sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman dan tuntutan semasa.

Di samping itu, kita tahu bahawa maksud sesuatu ayat Al Quran itu berlapis-lapis. Ada dalil mengatakan sampai tujuh lapis. Satu-satu ayat boleh mengandungi berbagai-bagai maksud. Mungkin pentafsir-pentafsir Al Quran sebelum ini telah mencungkil dua, tiga atau empat maksud dari sesuatu ayat mengikut kemampuan dan ilham yang diberi Tuhan kepada mereka sesuai dengan zaman mereka. Akan ada lagi tafsiran-tafsiran lain melalui pentafsir-pentafsir lain bagi mengkayakan lagi maksud ayat-ayat tersebut sesuai dengan zaman yang beredar. Inilah peranan ilham yang diberikan oleh Tuhan kepada
wali-wali-Nya.

Akan tetapi harus diingat bahawa ilham bukan wahyu. Ilham tidak membawa agama baru tetapi ia membawa huraian baru terhadap isi Al Quran danUadis sesuai dengan keperluan zaman itu. Ilmu ini amat berguna untuk pemimpin wakil Tuhan itu memimpin umat di zamannya.

Mereka yang mendapat ilmu ilham seperti ini ialah para mujaddid yang diutuskan oleh Tuhan di awal kurun setiap seratus tahun sekali. Beruntunglah mereka yang hidup di awal kurun dan mendapat pimpinan wakil Tuhan ini kerana sesungguhnya mereka mendapat panduan terus dari Tuhan untuk kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan Akhirat.

Artikel ini adalah bagian dari buku Samudera Minda yang berisi karya Abuya Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer