Tuhan Maha Berkehendak
Tuhan Maha Berkehendak
Di dalam kehidupan ini bermacam-macam kita jumpa
Menghiburkan, mengecewakan dan berbagai-bagai lagi
Setengahnya ada orang yang kita kasih menyebabkan kita menderita
Tidak pun membela kita
Ada orang yang kita sangat benci, tiba-tiba orang itulah yang membela kita
Ada anak melupakan kita
Orang lain tidak kena-mengena membela kita pula
Mengambil berat terhadap kehidupan kita
Adakalanya di waktu kita senang semua orang suka
Semua golongan datang menjadi kawan
Setidak-tidaknya menjadi kenalan
Tapi apabila kita jatuh miskin, kawan habis lari
Entah ke mana mereka pergi
Ada isteri sehidup semati di waktu susah dan senang
Ada isteri sehidup semati di waktu senangnya sahaja
Perkara-perkara yang kita tidak suka ini menunjukkan ada Zat yang menentukannya
Tanpa kita dapat menolak atau memintanya
Itulah Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas diri kita
Tuhan yang menentukan nasib kita
Oleh itu kenalah kita takut terhadap-Nya
Dia Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap kita
Merendah dirilah kepada-Nya
Sembahlah Dia
Moga-moga Dia cucuri rahmat terhadap kita
Selepas Zuhur
13.6.2004 –
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1103 reads
Post new comment