Tuhan Anugerahkan Rasa Terhibur Ketika Menghadap Mu
Tuhan Anugerahkan Rasa Terhibur Ketika Menghadap-Mu
Bila lagikah Engkau hendak anugerahkan kepada-Ku
apabila aku menyembah-Mu rasa terhibur
Apabila sampai masanya hati gembira tidak sabar-sabar hendak menyembah-Mu
Bukanlah secara terpaksa dan mujahadah tapi penuh suka dan gembira
Macamlah orang yang hendak berjumpa dengan cintanya dengan hati yang gembira
Menunggu-nunggunya terasa tidak sabar ingin sangat bertemunya
Aku menyembah-Mu Tuhan belum lagi terasa begitu
Aku menyembah-Mu masih lagi terpaksa dan dipaksa-paksa
Setiap kali hendak menyembah-Mu terpaksa dan berrmujadah
Hendak menyembah-Mu belum lagi terasa indah
Kerana itu menyembah-Mu tidak boleh berlama-lama ia jadi jemu
Aku memohon maaf Tuhan kepada-Mu begitu sahajalah nilai diriku
Itu pun aku berterima kasih kepada-Mu, kalau Engkau tidak kuatkan aku mujahadaah mungkin sahaja aku tidak menyembah-Mu
Tuhan! Anugerahkanlah kepadaku dengan rahmat-Mu,
aku menyembah-Mu dengan penuh suka dan gembira
Menyembah-Mu dengan penuh cinta dan suka
Bukan lagi menyembah-Mu dengan secara mujahadah dan terpaksa
Secara terpaksa dan mujahadaah itu jemu
Aku rasa hatiku belum lagi clear dengan-Mu
Hati belum lagi jatuh cinta kepada-Mu
Tuhan! Di manalah salah silapnya berilah tahu aku
Apakah anak kuncinya agar mudah sahaja mencintai-Mu
Lebih-lebih lagi ketika hendak menyembah-Mu
Tuhan! Janganlah Engkau lambat-lambatkan lagi kerana aku sudah tua
Umur yang baki ini hanya menunggu mati
Sedangkan cinta pada-Mu belum lagi berbunga
Aku takut sebenarnya kalau aku mati hanya baru peringkat mujahadah
Sepatutnya menunggu mati cintaku pada-Mu sudah memuncak tinggi
Cintaku pada-Mu sepatutnya sudah meluap-luap
Hingga kerja-kerja lain sudah terganggu
Membuatnya tidak lagi sepenuh hati kerana cinta kepada-Mu
18.9.2004 - 3
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 852 reads
Post new comment