Tuhan! Dengarlah Tangisan Hatiku
Tuhan! Dengarlah tangisan hatiku
Tuhan! Dengarlah tangisan hatiku
Hamba-Mu yang telah menyesal dengan dosa dan noda
Terimalah penyesalanku yang banyak bersalah ini
Ampunkanlah segala dosa dan kesalahanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmat-Mu Tuhan
Ampunkanlah segala dosa-dosaku
Rintihanku dengarlah Tuhan
Penderitaanku kerana dosa-dosaku
Pengaduanku terimalah Tuhanku
Janganlah kecewakan permintaanku
Aku mengadu pada-Mu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa yang boleh mengampunkan aku
Kecuali Engkau sahajalah wahai Tuhan
Aku telah menyesal di atas perbuatanku
Terimalah taubatku, pimpinlah aku selalu
Aku telah derita, aku telah terseksa
Jadikanlah ketakutanku mensyafaatku di Akhirat nanti
20.10.2002 – 2
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1146 reads
Post new comment