Tidak Rasa Bertuhan Dan Hamba Adalah Dosa
Tidak Rasa Bertuhan Dan Hamba Adalah Dosa
Banyak perkara-perkara kesalahan yang kita buat sudah tidak terasa lagi
itu adalah satu kesalahan
Kebanyakannya adalah kesalahan-kesalahan batin atau kesalahan hati manusia
Kesalahannya adalah dosa, dosa sudah tentu Tuhan murka
Banyaklah kesalahan-kesalahan yang tidak disedari kalau tidak perhati
yang kita akan cerita
Mungkin sebahagian sahaja, yang tidak diceritakan kiaskan sahaja
Tidak takut dengan Tuhan atau tidak cintakan Tuhan adalah dosa, dosa yang tidak terasa
Apatah lagi Tuhan terus dilupakan di dalam ingatan sepanjang masa
lebih-lebih lagi berdosa dan bahaya
Tidak ada rasa bertuhan termasuklah juga lalai atau lupa dengan-Nya
Sepatutnya rasa bertuhan dibawa ke mana-mana
Itulah yang dimaksudkan oleh Tuhan di dalam Al Quran: “Dia Tuhan bersama kamu di mana kamu berada.”
Ertinya rasa bertuhan mesti ada di dalam jiwa walau di mana dan di waktu bila
dan di dalam keadaan apa sekalipun di dalam kehidupan kita
Tidak terasa hina atau lemah ia juga adalah satu dosa
Ramai di kalangan umat Islam sudah tidak terasa lagi berdosa kerananya
Tidak terasa hina atau lemah, rasa hamba telah tercabut daripada jiwa
Bila rasa itu tidak ada otomatik rasa sombong berada di jiwa tanpa disedari oleh manusia
Sifat sombong siapa kata tidak berdosa
Sombong memanglah berdosa Tuhan sangat murka, kerana ia adalah sifat iblis
yang derhaka
Rasa pandai dan rasa boleh ramai orang tidak tahu itu adalah satu dosa
Sekalipun memang pandai tapi merasa pandai dan boleh tidak sayugianya ada
Ia juga termasuk mencabut rasa kehambaan di dalam jiwa
Sombong jugalah namanya, tapi ramai yang tidak terasa
Mendapat nikmat tidak kiralah nikmat apa tidak terasa malu dengan Tuhan
Tidak terasa lagi ia adalah pemberian Tuhan,
yang terasa dari kemampuan dirinya mendapatkan
Ini adalah permulaan sifat syukur sudah tercabut daripada perasaan
Apatah lagi seterusnya tidak sanggup dikorbankan untuk Tuhan dan untuk insan
lebih-lebih lagilah sifat syukurnya telah dikorbankan
Tidak senang pada seseorang adalah juga satu kesalahan
Kerana tidak senang terus bertindak dengan badan lebih-lebih lagilah dosa
dengan perbuatan
Rasa tidak senang ramai orang tidak menganggap dosa, bertindak sahaja baru faham
itu adalah kesalahan
Setiap orang yang berdosa sudah tidak takut lagi dengan dosa yang sudah dilakukan adalah dosa tambahan
Seterusnya dosa yang dibuat selamba sahaja, biasa sahaja dan terus dilupakan
dosanya berganda-ganda pada asalnya satu sahaja kesalahannya
Setiap suruhan Tuhan ditinggalkan ini semua orang faham adalah satu kesalahan
Kalau ditinggalkan tidak terasa itu satu kesalahan bertambah lagilah kesalahannya
Melupakan sahaja kesalahan yang tidak terasa lagi satu kesalahan, tiga kesalahan pula Asalnya di dalam satu kesalahan
Melihat orang susah biasa sahaja tidak terasa simpati dengan kesusahan adalah salah
Kalau mampu membantu tidak membantunya lagilah bersalah
Bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan, dia sudah tidak ada lagi peri kemanusiaan
Kalau tidak ada lagi peri kemanusiaan itulah sifat haiwan berupa insan
Lebih-lebih besar lagilah kesalahannya
Bertompok-tompoklah kesalahan di atas kesalahan
Banyak lagi kesalahan yang tersirat tanpa disedari oleh kebanyakan insan
Cukuplah sekadar tadi yang disebutkan yang tidak disebut kiaskan
Dosa-dosa yang berbentuk yang disebutkan tadilah ramai yang mati membawa dosa-dosa tidak diampunkan
Kerana dosa-dosa itu ramai yang tidak perasan
Kalau tidak mempunyai ilmu yang halus dan seni untuk mengesannya
Sayugialah diharap ambil perhatian untuk keselamatan
13.8.2004 – 1
Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1892 reads
Post new comment