Tarikh Keramat Buatku
Tarikh Keramat Buatku
25 oktober adalah tarikh keramat buat kami berdua aku dan istri
Kabar gembira dari Tuhan
bahawa kami berdua dibebaskan dari tahanan ISA
Terima kasih Tuhan, terima kasih kerajaan
10 tahun kami ditahan didalam kawasan terhad
diantara pukul 6 petang hingga pukul 10 malam
Bermula berlakunya di Rawang berakhirnya di Labuan
Kami rasa kami berdualah orang yang paling lama ditahan
mengikut undang-undang ISA selepas negara di bebaskan
Kami tidak kesal kerana ia adalah takdir Tuhan
Hakikatnya Tuhanlah yang menghukum
menggunakan tangan kerajaan atau tangan pihak keselamatan
Kami redholah dengan ketentuan Tuhan
kerana ia ada maksud dan pengajaran
Didalam masa 10 tahun
aku belajar dengan diriku dan dengan perjuanganku
Aku belajar dan memahami pihak keselamatan
Aku belajar dengan sifat-sifat dan watak orang yang berjuang
Terutama pengikut-pengikutku
Aku dapat jawapan
Aku belajar dengan diriku
beribu-ribu sajak yang aku hasilkan
Melalui ilmu dan pengetahuan untuk membaiki diri,
untuk perjuangan, untuk strategi, untuk kemajuan,
untuk masa depan perjuangan yang ramai orang tidak paham
Aku berkawan dengan polis terutama SB
Aku paham senang susah mereka
Aku paham masalah mereka
Rupanya susah jadi polis
Susah rupanya menjadi pasukan keselamatan
Seolah-olah mereka bertugas 24 jam
Mereka cutipun macam tak cuti
Bila-bila boleh dipanggil bertugas jika diperlukan
Bekerja siang malam menjaga keselamatan negara dan rakyat
Patutnya gaji mereka dikhususkan
tidak boleh disamakan dengan lain pegawai kerajaan
Setidak-tidaknya elaun mereka ditambahkan
Setelah aku ditahan 10 tahun
aku sudah kenal kawan dan lawan di dalam perjuangan
siapa yang ikhlas kerana Tuhan,
dan siapa yang mengambil kesempatan di waktu senang
rupanya apabila perjuangan maju, berjalan baik
ada yang buat-buat taat untuk kesenangan
apabila perjuangan kena uji,
yang pura-pura taat jadi khianat dan petualang
Bahkan lebih musuh dari musuh Lebih jahat daripada yang jahat
Apabila aku tukar cara berjuang
Lebih maju daripada apa yang diharamkan
Pengkhianat itu hendak cari jalan berjumpa aku untuk ikut sama berjuang
Bahkan becakap-cakap dengan orang
'aku pengikut Ustaz Ashaari', 'aku tidak menentang'
Janganlah aku ditipu dua kali, kalau hendak tipu,
tipulah orang lain bukan aku
Mereka telah aku kenal,
setengah mereka macam anak sendiri, mereka mengkhianati
Aku dengar apabila aku bebas mereka nak sambut aku pulang
Mereka itu benar-benar macam dedalu selalu menumpang di pokok orang
Dahulu diwaktu aku tinggal seorang
langsung mereka tidak pandang
bahkan aku juga dituduh oleh mereka menggelapkan wang
Padahal setelah arqam diharamkan
semua projek jemaah menjadi rebutan
Aku benarkan mereka ambillah semuanya
untuk boleh mereka mencari makan
Tetapi tidak ada satu projekpun dapat dijayakan
Semua gulung tikar bantal, padahal sekedar hendak dimajukan,
bukan baru hendak dimulakan tapi semuanya gagal
aku bangunkan syarikat sendiri, aku beri nama Rufaqa’
dengan modal sendiri
Alhamdulillah sekarang
sudah ada di seluruh dunia 450 rangkaian
Sekarang mereka mula menggendang-gendangkan
untuk menumpang cari makan
Setengah mereka didalam ketakutan
Aku sudah bebas mungkin perjuanganku akan menonjol dimasa depan
Rakyat sudah kenal mereka,
10 tahun aku tinggalkan tidak adapun satu kemajuan
Mereka itu benar-benar pandai menumpang
tapi tak pandai berjuang
Setelah ditinggalkan, padahal mereka ramai tidak bolehkah
bangunkan jamaah kemudian berjuang
Dahulu mereka menuduh saya,
'kalau kami tak ada, Ustaz Ashaari tak boleh makan'
Siapa sekarang yang tak boleh cari makan?
Segala-gala sudah boleh dijawab bukan!
Jangan harap aku dijadikan kuda tunggangan
Selamat jalan.
25hb Oktober 2004
Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 871 reads
Post new comment