Taqwa Sumber Segalanya
Taqwa Sumber Segalanya
Walaupun harta atau wang ringgit boleh membantu orang yang bertaqwa
Tapi lumrah berlaku ia mengorbankan sifat taqwa
Harta biasanya menipu manusia
Sebelum bertaqwa ia adalah menjadi penghalang untuk bertaqwa
Setelah bertaqwa ia boleh korbankan ketaqwaan itu
Tapi sifat taqwa boleh mendatangkan bantuan dan pertolongan
Termasuk juga sifat taqwa boleh memperolehi harta dan rezeki yang tidak diduga
Bahkan sebenarnya taqwa adalah sumber segala-galanya
Sumber rezeki, sumber harta, sumber bantuan, sumber keselamatan, sumber kemenangan, sumber ketenangan
Sifat taqwa adalah kejayaan dunia dan Akhirat
Kemuliaan manusia itu adalah pada sifat taqwanya
Milikilah sifat taqwa, kita akan memiliki segala-galanya
Kalau kita memiliki segala-galanya belum mesti kita mendapat taqwa
Bahkan boleh mengorbankan sifat taqwa kita
Sifat taqwa adalah selamat-menyelamatkan
Hari ini manusia ketandusan sifat taqwa
Walaupun sudah memiliki segala-galanya namun kebahagiaan tiada
Sekalipun sudah punya berbagai-bagai perkara namun ketenangan tidak ada
Di dalam berkemajuan berlaku huru-hara
Di dalam membangun terjadi perpecahan dan perbalahan
Setelah ada kemudahan ada pula bersamanya kebimbangan dan ketakutan
Manusia mewah tapi berlaku pembunuhan
Makan minum senang kasih sayang tidak ada
Manusia bergaul hubungan hati tidak wujud
Fizikal dekat tapi hati jauh
Betapalah fizikal jauh hati lebih-lebih lagi jauh
Kerana kunci segala-galanya tidak ada dimiliki oleh manusia
Iaitu sifat taqwa
sudah hilang dari manusia
11.1.2000 = 4 Ramadhan 1420
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1080 reads
Post new comment