Syariat Bertunjangkan Iman
Syariat Bertunjangkan Iman
jangan engkau jadikan syariat Tuhan sebagai ideologi
kalau ideologi tidak bertunjangkan iman
nanti syariat juga tidak bertunjangkan iman
mana boleh syariat tanpa iman
membangunkan syariat mestilah bertunjangkan iman
syariat tanpa iman tidak dapat pahala dan keredhaan
syariat tanpa iman belum selamat daripada neraka
syariat.....Tuhan yang punya
mestilah perjuangkan Tuhan lebih dahulu
kenalkan Tuhan, agar Dia dicintai dan ditakuti
apabila orang kenal Tuhan
maka syariat akan dibangunkan kerana Tuhan
kerana syariat itu adalah jalan kepada Tuhan
tidak akan sampai kepada Tuhan
kalau bukan menempuh jalannya
menuju Tuhan tidak boleh buat jalan sendiri
menuju kepada Tuhan kenalah juga mengikut jalannya
tapi kalau syariat Tuhan sahaja diperjuangkan tanpa bertunjangkan iman
seperti oarang tidak kenal Tuhan atau rasa BerTuhan tidak ada
walaupun syariat Tuhan itu diamalkan
ia akan sama kedudukannya seperti ideologi
Tuhan dengan syariatNya tidak boleh dipisahkan
bila BerTuhan kenalah ikut syariatNya
jika bersyariat kenalah berhubung kait dengan Tuhan
mana boleh ambil Tuhan tanpa syariatNya
begitu juga mana boleh mengguna syariat tanpa Tuhan
bersyariatlah kerana Tuhan
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1075 reads
Post new comment