Sifat Pemimpin Sejati
Sifat Pemimpin Sejati
Di antara sifat-sifat pemimpin yang baik
Berilmu, ada ilmu dunia ada ilmu Akhirat
Ilmunya luas global mencakup semua hal
Takutkan dan cintakan Tuhan, bersyariat, berakhlak mulia
Tegas bukan keras ada prinsip dan pendirian
Boleh ditegur, boleh menerima pandangan orang sekalipun rakyat bawahan
Boleh mendidik rakyat menjadi baik baik taatkan Tuhannya
Dia tidak mudah dihasut dan dipengaruhi, setiap pengaduan ditimbang dengan teliti
Faham masalah, tahu menyelesaikan masalah
Pandai memilih team kepimpinan team kepimpinan agar ada rasa bersama
dan boleh bekerjasama
Mampu menghukum sekalipun orang yang dikasihi, mampu berlaku adil
sekalipun musuhnya
Kasih sayang amat ketara, merendah diri jadi budaya
Tidak ada kepentingan diri dan keluarga serta kroni
Sabar berhadapan dengan ujian terutama berhadapan dengan kerenah rakyatnya
Tidak mudah melenting dan marah, tenang berhadapan dengan sebarang cabaran
dan ujian
Hidupnya sederhana, baik ibadahnya, pemurah orangnya
Tidak berdendam, tidak hasad dengki, berlapang dada
Mampu membangunkan insaniah, boleh membuat kemajuan
Pandai membuat mana yang lebih perlu daripada yang tidak perlu
Pandai menilai mana yang utama mana yang kurang utama
Mampu berhadapan dengan keluarga yang ada kepentingan menggunakan pengaruhnya
Pandai menilai rakyatnya dan dapat meletakkan pada tempatnya sesuai dengan bidangnya
Maruahnya sangat dijaga, kata-katanya dikota, janji-janjinya sangat ditepati
Olrh itu rakyatnya sayang dan hormat bukannya pura-pura hormat
Rakyatnya taat bukan melaknat
Rakyatnya sanggup mati kerana pemimpinnya
Rasa tenang dan bahagia bersama pemimpinnya, rasa rindu apabila berpisah
Apakah ada pemimpin yang semacam ini di waktu ini?!
Masing-masing boleh menjawabnya tanpa membohongi dirinya sendiri
22.7.2004 – 1
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1408 reads
Post new comment