Serahlah Diri Kepada Tuhan
Serahlah Diri Kepada Tuhan
Menghina diri di hadapan Tuhan
Di sinilah kemuliaan setiap insan
Membesarkan diri satu penghinaan
Rendah diri kepada Tuhan patut buat insan
Kalau hendak meminta, mintalah kepada Tuhan
Jangan minta kepada makhluk Tuhan
Meminta kepada Tuhan maruah tidak jatuh
Meminta kepada makhluk, jatuh maruah diri
Serahlah diri kepada Tuhan tawakal namanya
Tapi jangan sampai menafikan usaha
Janganlah usaha sahaja yang ada
Tawakalnya juga mesti ikut bersama
Jika kita kaya, jangan menunjuk-nunjuk pula
Kalau kita susah jangan menunjuk gelisah
Sifat orang mukmin itu tenang di dalam apa suasana
Di waktu senangkah atau di waktu susah
Sabar menerima ujian, redha menerima ketentuan
Dua sifat yang wajib ada pada hamba
Kedua-dua sifat ini kesukaan Tuhan
Kekalkanlah sifat-sifat ini di dalam kehidupan
21.11.2002 – 3
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 903 reads
Post new comment