Selamatkanlah Hatiku Tuhan
Selamatkanlah Hatiku Tuhan
Tuhan!
Janganlah biarkan hatiku dicuri oleh syaitan
Janganlah Engkau serahkan hatiku dicuri oleh dunia dan nikmatnya
Nanti aku akan dijadikannya hamba itu semuanya
Kalau berlaku alangkah malangnya aku akan jadi seperti bola
Aku akan ditendang ke sana dan ke sini sesuka hatinya
Aku akan dijadikannya macam buah-buah catur
Ia akan meletakkan di mana sahaja yg ia mahu
Atau aku akan diarah-arahnya mengikut kehendaknya
Badan aku akan letih dibuatnya, fikiranku akan berserabut tidak menentu
Masaku akan habis terbuang sia-sia
Aku akan terpaksa membuat perkara yg sia-sia
Semua yang aku buat dan usahakan itu untuk mereka semuanya
Untuk Engkau sudah tentu tidak ada
Alangkah malunya aku bertemu-Mu, dan aku akan Engkau seksa di Neraka
Selamatkanlah hatiku jangan sampai ia dicuri oleh syaitan dan dunia
Nanti aku akan papa-kedana di Akhirat sana
Engkau akan murka kepadaku
27.1.2004 - 2
Menjelang Zuhur / selepas Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 942 reads
Post new comment