Selamatkanlah Aku Wahai Tuhan
Selamatkanlah Aku Wahai Tuhan
Tuhan! Janganlah ibadahku merosakkan aku
Begitu juga janganlah kebaikanku, aku derhaka dengan-Mu
Ya Allah! Jadikanlah kekuranganku menyelamatkan aku
Kelemahanku, aku merendah diri dengan-Mu
dan itulah yang menjadikan Engkau cintakan aku
Ya Allah! Jadikanlah seluruh kebaikanku,
untuk keredhaan-Mu bukan hendakkan Syurga-Mu
Jadikanlah setiap amal kebajikan yang aku buat,
aku sedih dengan kekurangannya
Janganlah kebaikan itu menjadi aku senang dan tenang
dan hilang takutku dengan-Mu
Aku berlindung dengan Engkau, ibadahku menghijab di antara Engkau dan aku
Ia jadi bala bagiku, tanpa aku sedari dan tanpa aku tahu
Tuhan! Janganlah dengan ibadah dan kebaikan aku,
aku jadi muflis ketika bertemu-Mu
Ya Allah! Janganlah kepujian dan cercaan orang kepadaku,
aku jadi berdosa
Tapi jadikanlah keduanya pahala bagiku,
bukan jadi bala kepadaku
Tuhan! Engkau rasakanlah kepadaku,
setiap kali membuat baik aku rasa membuat dosa
Agar aku tidak lagi berbangga dengan kebaikan aku
Bahkan aku lupakan sahaja kebaikan itu,
seolah-olah aku tidak pernah membuat kebaikan itu
Tuhan! Selamatkan aku daripada membuat dosa
yang memang berdosa
Juga janganlah kebaikanku,
juga jadi dosa dan derhaka
14.12.2002 – 2
Selepas Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 988 reads
Post new comment