Selamatkanlah Aku Tuhan
Selamatkanlah Aku Tuhan
Tuhan! Untuk keselamatanku ingatkanku selalu
Agar aku tidak lalai dengan-Mu
Di waktu aku senang ingatkan aku bersyukur
Di waktu aku susah ingatkan aku agar bersabar
Di waktu aku inginkan sesuatu tidak tercapai
Ingatkan aku agar aku redha dengan-Mu
Jangan pula aku keluh-kesah kerananya
Aku boleh terima ketentuan-Mu padaku
Di waktu aku kaya ingatkan aku agar aku tidak sombong
Sombong adalah sifat syaitan yang terkutuk
Di waktu aku berkuasa ingatkan aku agar adil
Dan juga ingatkan aku tidak menzalim
Jika aku pandai ingatkan aku agar tidak bangga
Bangga diri Engkau tidak suka dan juga manusia
Jika ditakdirkan bodoh ingatkan aku agar tidak rasa hina
Kerana itu sudah ketentuan-Mu semuanya
Jika aku dipuji ingatkan aku agar hati tidak berbunga
Pujian kepunyaan-Mu bukan kepunyaan hamba-hamba-Mu
Jika aku dikeji ingatkan aku agar boleh menerimanya
Kerana kekurangan itu memang sifat hamba
Itulah permintaanku pada-Mu Tuhan agar aku selamat
Jika Engkau tidak selamatkan aku, tidak selamatlah aku
12.3.2004 – 1
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 903 reads
Post new comment