Sajak Sifat Ego
Sajak_Sifat Ego
Orang yang ada ego, tidak sedar yang dia ada ego
Ego diketahui melalui ilmunya
Kalau tahu pun adanya sifat ego
Belum tahu lagi dapat membuangnya
Ego adalah sifat batin
Tapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnya
Bercakap di kalangan kawan selalu sahaja cakap besar
Bila berdiri selalu sahaja cekak pinggang
Apabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranya
Apabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang, payah menerimanya
Kalau bercakap mahu menang sahaja
Bila bertemu orang, payah menegur sapa kecuali orang mendahuluinya
Jika orang tersilap terhadapnya, mudah sahaja marah dan berang
Selalunya serius sahaja, kurang mesra
Kalau hendak berkawan pilih-pilih orang, biasanya orang yang setaraf dengannya
Bila dicabar mudah sahaja mencabar
Kalau bersalah susah hendak meminta maaf
Adakalanya orang meminta maaf, enggan menerimanya
Mudah marah, bahkan marahnya sangat ketara
Kalau ada kuasa, suka menzalim dan menindas
Jika tiada kuasa, selalu sahaja keras kepala untuk patuh kepada ketua
Bertekak dan berbahas menjadi budayanya
Pantang ditegur oleh siapa sahaja, masam mukanya
Apabila ego sudah tebal, sebarang kebenaran payah diterima
Bila ditegur sakit hatinya, dendam pun membara
Jangan sebut dosa pahala, tersinggung perasaannya
Kalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinya
Sebut Syurga Neraka, amat jijik mendengarnya
Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanya
Jangan cuba bala bencana yang datang kita kaitkan dengan kemurkaan Tuhannya
Sakit hatinya, payah mahu menerima
Bencana alam dianggap perkara biasa
Itu perkara nature
Jangan cuba dihubungkaitkan dengan dosa
Dia akan melenting menunjuk sikap tidak menerima
Aduh dahsyat, ego amat berbahaya
Bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan Tuhannya
Kebenaran payah menerima
Selalu sahaja menolaknya, bahkan dijadikan bahan perli sahaja
Kerana ego, orang sanggup derhaka kepada Tuhannya
Bahkan orang sanggup jadi kafir
Lihat sahaja Namrud, Hamman dan Firaun
Sebelum matinya berbagai bala dan tanda amaran dari Tuhan
Namun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatan
Akhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonya
Aduh, dahsyatnya sifat ego!
Menjelang tidur
26.8.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1851 reads
Post new comment