Rezeki Khusus
Rezeki Khusus
Zaman Rasulullah adalah zaman makmur
Kerana Rasul membawa rahmat dan berkat
Sahabat-Sahabat juga kerana taqwanya
Apa sahaja mereka buat, berkatnya melimpah ruah
Kejayaan mereka dilipatgandakan
Rezeki murah, makan minum mewah, fakir miskin terbela
Sejarah telah memaparkan
Abdul Rahman Ibnu Auf kaya raya hasil perniagaan
Fakir miskin tidak susah, dia membelanya
Sebenarnya kepada Rasulullah, ada rezeki yang tersembunyi
Lebih daripada segala-galanya
Tapi Rasul tidak menyatakan
Ini adalah rahsia di antara dia dengan Tuhannya
Kerana itulah Rasul pernah berkata lebih kurang bunyinya,
“Kami Rasul: Allahlah yang memberi makan.”
Sebab itulah sejarah tidak mencatatkan, kerana ia rahsia yang tidak diketahui
Zaman Sayidina Abu Bakar As Siddiq dan Khulafaur Rasyidin
Rezeki seperti yang didapati oleh Rasul tidak didapatinya
Kerana hasil kekayaan Rasul yang diagihkan itu jadi modal untuk keuntungan
Berkatnya berlaku di atas kekayaan itu
Tapi di zaman Umar Abdul Aziz
Rezeki dari Tuhan yang pernah Rasul alami, dapat kembali
Rezeki dari Tuhan sebagai khususiah untuknya
Sebagai Mujaddid yang pertama
Ini juga sejarah tidak mencerita
Ini adalah rahsia yang tidak dibuka
Cuma kemakmuran dan keberkatan hidup secara umum itu dicerita
Umum manusia yang membaca sejarah dapat mengetahui
Sekali lagi rezeki yang tersembunyi ini akan berlaku
Iaitu untuk Pemuda Bani Tamim
Sebagai rezeki yang khusus untuk Pemuda ini
Insya-Allah tidak lama lagi akan berlaku
Seperti apa yang berlaku di zaman Nabi
Menjelang tidur
26.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 866 reads
Post new comment