Peringatan Buat Umat Islam Akhir Zaman Khusus Para Pejuangnya
Peringatan Buat Umat Islam Akhir Zaman Khusus Para Pejuangnya
Hadis telah memberitahu
Membawa berita dari Rasulullah buat kita
Ditambah pula dengan ilham-ilham yang bercerita
Sebagai menambah-nambah huraian yang tidak begitu nyata
Umat Islam bersama Islam akan menjadi empayar di akhir zaman kali kedua
Orang timur pula yang akan membawa obor Islam itu ke seluruh dunia
Tapak ummah itu adalah Malaysia tercinta
Daulah pasti berlaku pusatnya di Putra Jaya
Pemimpin yang membangunkan tapaknya adalah Putera Bani Tamim gelarannya
Ini adalah Rasulullah dan Imamul Mahdi membawa berita kepada saya
Mungkin ramai umat Islam yang tidak percaya
Di Indonesia pula Satria Piningit yang akan berkuasa
Gelarannya adalah Putera Bani Hashim mengikut sabda
Akhirnya dua negara ini akan bersatu seperti dua saudara
Sebelum Imamul Mahdi tiba Putera Bani Tamim menjadi ketua
Selepas itu seluruh Asia ikut sama bekerjasama dengan baiknya
Apabila Imamul Mahdi tiba kuasa diberikan kepadanya
Putera Bani Tamim menjadi orang kanannya atau orang kuatnya
Hadis bercerita lagi pengikut-pengikut Imamul Mahdi ada dua golongan yang setia
Selain itu Awamul Muslimin namanya
Kecuali orang yang menentang, mereka adalah musuh-musuhnya
Satu golongan adalah ikhwan namanya yang Rasul sangat cinta
Golongan yang kedua asoib namanya
Mereka itu adalah penyokong-penyokong ikhwan dan ahli-ahli tareqat yang hak
Menteri-menteri Imamul Mahdi ada tujuh begitulah Nabi bersabda
Ikhwan ini pula berbagai-bagai gelarannya
Ada yang digelar ghaus, autad, khutub, abdal, nujaba’
Menteri yang paling kanan sekali adalah Putera Bani Tamim
yang berkuasa sebelum Imamul Mahdi tiba
Mengikut Nabi yang memberitahu kepada saya ketujuh-tujuhnya sudah ada
Tuan-tuan dan puan-puan percaya atau tidak saya tidak ambil kira
Mereka-mereka itu ialah seorang di Asia Putera Bani Tamim gelarannya
Seorang di Maghribi, seorang di Iraq, seorang di Jordan,
seorang di Madinah, di Turki ada dua
Semua mereka itu telah saya temui kecuali yang di Iraq, Abdul Jabbar namanya
Perlu juga dicerita mengikut Hadis ada seorang gelarannya Harris Al Harras
Dia seorang ulamak yang berasal daripada sebelah sungai Amudarya.
Sungai itu menjadi sempadan di antara Uzbekistan dan Afghanistan
Ada kawan-kawan telah bertemu tapi saya belum berjumpa
sekadar Nabi ada bercerita
Dia adalah sebagai guide kepada Putera Bani Tamim bertemu Imamul Mahdi di Kaabah
Terutama ada peristiwa yang akan berlaku di Mekah
Berdasarkan wazir-wazirnya telah pun diberitahu di alam nyata
Juga Harris Al Harras sudah dikenali di kalangan kita
Petanda Imamul Mahdi tidak lama lagi akan tiba
Hal ini orang Barat pun telah terasa
Terutama Yahudi yang sangat peka
Bergembiralah hendaknya umat Islam dengan berita
Umat Islam akan tawan dunia bermula dari timur (Asia)
Baitulmaqdis orang Islam timurlah yang akan menawannya
Ini menunjukkan era politik sudah penghujung
Islam akan menguasai dunia melalui perjuangan
mengagungkan Tuhan dan berkasih sayang
Kejatuhan ekonomi dan tidak stabilnya politik di Asia untuk laluan kebangkitan Islam
Orang yang faham Hadis dan yang prihatin apa yang berlaku
di dunia hari ini sudah mula faham
Bahawa Putera Bani Tamim dan Imamul Mahdi bersama Islam akan menawan dunia
Marilah bersama-sama berjuang menuju ke arah itu
Mengagungkan Tuhan, mencintai-Nya, berkasih sayang sesama manusia
2.2.2002
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1088 reads
Post new comment