Perhatian Tuhan Pada Hambanya
Perhatian Tuhan Pada Hambanya
Di waktu aku membuat dosa atau kesilapan Engkau ingatkan aku
Aku pun bertaubat
Terima kasih Tuhan
Aku rasa satu rahmat dari-Mu
Engkau sentiasa mengambil perhatian terhadapku lakasysyukru
Ada ketikanya aku terasa cuai beribadah hatiku susah, terasa tidak patut
Terima kasih Tuhan mengambil perhatian terhadapku
Susah hatinya aku itu satu anugerah dari-Mu, terima kasih Tuhan
Adakalanya aku terlajak bertindak lebih daripada yg sepatutnya aku menyesal
Aku menyesal itu adalah rahmat dari-Mu
Engkau tidak biarkan aku membuat sesuatu berlalu begitu sahaja
Engkau boleh sahaja membiarkanku tanpa menyesal
Masih ada perhatian lagi dari-Mu terima kasih Tuhan
Ada amalan kebiasaanku tertinggal aku kesal sekalipun sunat
Engkau ingatkan aku agar ditebus dengan sedekah
Ingatanku itu sugguh mahal
Itu juga rahmat dari-Mu, terima kasih Tuhan
Apabila aku hendak bercakap selalu Engkau ingatkan aku agar ikhlas
Aku takut sangat kalau tidak ikhlas
Ingatan itu sungguh mahal
Ingatan itu adalah rahmat dari-Mu terima kasih Tuhan
Aku terasa Engkau sentiasa kontrol aku
Adakalanya aku potong-potong ibadah aku, ia tidak berlalu begitu sahaja
aku sedih Tuhan
Rasa sedih itu adalah rahmat-Mu kepadaku, terima kasih Tuhan
29.7.2004 – 3
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 884 reads
Post new comment