Perbuatan Yang Sia Sia
Perbuatan Yang Sia-sia
Bercakap kosong adalah perbualan yang sia-sia
Perbuatan yang tidak ada apa-apa faedah untuk manusia
Membuang masa, membuang tenaga hasilnya tidak ada
Mungkin merbahaya, boleh jadi berlaku permusuhan sesama manusia
Untung dunia pun tidak ada, apatah lagi untung Akhirat untuk manusia
Faedah ilmu pun tiada, pengajaran untuk manusia pun tiada
Untuk nasihat pun tidak ada, menjadi pahala pun tidak ada, bahkan berdosa
Percakapan kesedaran dan keinsafan pun tidak ada juga
Percakapan kosong itulah yang telah menjadi budaya kepada manusia setiap masa
Termasuk umat Islam sendiri yang sudah kehilangan hala tuju kehidupannya
Perbuatan mereka tidak tentu hala, ikut sedap sahaja
Terbuang masa, umur sia-sia, faedahnya tidak ada
Untuk dunia pun tidak ada, untuk Akhirat pun tidak ada, yang ada cakap sia-sia
Bualan sia-sia itu kerana syaitan campurtangan, boleh duduk berlama-lama
membuang-buang masa
Boleh berbual-bual berjam-jam hingga cuai tanggungjawab rumahtangga
Disiplin tidak ada, buat mengikut rasa
Hidup porak-peranda, rumahtangga tidak bahagia
Sering sahaja bergaduh di dalam keluarga, kerana perbuatan yang sia-sia
Tanda satu bangsa itu hendak runtuh dan jatuh
bercakap kosong bualannya sia-sia
Membuang-buang masa, kerja tiada, tenaga tidak diguna, umur habis percuma
3.2.2004 – 2
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 958 reads
Post new comment