Perang Pilihanraya
Perang Pilihanraya
Perang pilihanraya telah berlalu di antara parti-parti yang bertanding
berebut pimpin negara
Walaupun di waktu perang telah ada undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendisiplinkan perang
Namun bukan senang hendak menjaga disiplin demi untuk menang
Ramai yang masuk perang melanggar undang-undang, ada yang senyap-senyap
tidak kurang juga terang-terangan
Setelah masuk perang ramai yang hatinya luka
Tidak kurang yang hatinya kecewa dan menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya
Kesan daripada hati luka dan kecewa, asalnya perang dingin, kalau tidak dijaga
boleh mencetuskan perang berdarah dan huru-hara
Begitulah kalau demokrasi disalahgunakan orang yang hendak menang dan berkuasa
Akibatnya di sana-sini melahirkan rasa tidak senang dan meradang
Bukan sahaja parti pembangkang tidak kurang juga parti kerajaan yang tidak senang
dan menyerang
Tuduhan-tuduhan telah dilemparkan satu sama lain terutama tuduhan terhadap SPR yang membuat undang-undang
Berlakulah suasana tegang terutama Terengganu dan Kelantan
Ada sesetengah orang-orang parti dan pegawai SPR lari ke Thailand
takut dibelasah orang
Kerana telah dapat dikesan ramai pengundi-pengundi hantu datang menyerang di sesetengah kawasan
Untuk atau bagi memangkah sesetengah parti yang dijanjikan
Berlaku rasuah di dalam pilihanraya ada yang tertangkap iaitu di Terengganu dan Johor, itu yang dapat dikesan
Dan ada lagi bukti-buktinya kesalahan bentuk yang lain, saya pun tidak faham di lain-lain kawasan
Ada sesetengah wakil rakyat yang menang tidak sabar-sabar hendak menjadi menteri besar tapi ditahan oleh sultan
Mengapa terburu-buru sangat apakah ada udang di sebalik mi hailam
Di sudut-sudut lain saya dengar ada parti yang hendak membawa ke mahkamah kerana rasa tidak senang
Peristiwa seperti ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya di masa yang silam
Pilihanraya yang kesebelas pula yang terjadi yang menakutkan
dan tidak kurang ramai yang geram
Apakah Tuhan telah memberi isyarat bahawa demokrasi di Malaysia akan padam?
Apakah jadual Tuhan sedang berlaku dan akan berlaku bahawa di Malaysia yang akan datang yang ditunjuk oleh Tuhan?
Memang ada isyarat dari Hadis secara tersirat ia akan berlaku di akhir zaman
Ia akan terjadi dengan aman damai semua golongan akan gembira dan riang
Kita tunggu dan lihat kalau terjadi ia adalah rahmat dan nikmat dari Tuhan
Marilah kita berdoa moga-moga ia berlaku demi keselamatan umat
dan ketenteraman awam
23.3.2004 – 1
Waktu Dhuha / Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 891 reads
Post new comment