Peranan Ilmu
Peranan Ilmu
Ilmu dunia Akhirat adalah sangat berguna buat kehidupan insan
Ilmu perlu sebanyak-banyaknya kerana keperluannya banyak
Faedah dan manfaatnya adalah sangat banyak buat manusia
Ia adalah laksana cahaya penyuluh hidup manusia dunia dan Akhirat
Panduan untuk mendidik agar manusia terdidik
Terutama ilmu mengenal Tuhan, takut dan cinta kepada-Nya
Boleh mengenal syariat panduan hidup buat insan
Guide line buat membangun dan berkemajuan
Panduan menyelesaikan masalah terutama waktu berbalah
Tahu tipu daya musuh yang berniat jahat
Boleh counter semula terhadap musuh yang khianat
Pandai berstrategi di dalam setiap apa pun tindakan
Boleh menilai semula apa yang telah dilakukan untuk kebaikan
Boleh memikirkan apa rancangan masa depan
Mudah bergaul di dalam masyarakat kerana ilmu menjadi panduan
Boleh bertukar-tukar fikiran, ia juga adalah hiburan dan mudah dapat kawan
Berjalan ke mana pun tidak takut kerana sentiasa ada panduan
Ada ilmu pergi ke mana-mana pun terasa ada kawan dan mudah berkenalan
Tidak canggung bergaul kerana ada modal, itulah ilmu pengetahuan
Ke mana pergi dihormati orang kerana ilmu asalkan ada kejujuran
Ilmu itu adalah duit sekalipun tidak ada duit kerana ia boleh mendapatkan duit
Adanya ilmu tahu di mana salah dan di mana silap
Ilmu adalah kawan setia yang tidak pernah berpisah dari kita
Adanya ilmu mudah mencari kebenaran samada yang bersifat dunia
ataupun yang bersifat Akhirat
Adanya ilmu orang mudah yakin berkawan, kerana ada panduan tempat pertanyaan
Orang ada ilmu dia tidak pasif, tidak ada ilmu dia jadi jumud
Apabila ada ilmu bergaul tidak canggung, tidak ada ilmu bergaul terasa canggung
Ada ilmu terasa riang, tidak ada ilmu terasa kosong dan terasa ada kekurangan
Adanya ilmu mudah berbincang dan bertukar fikiran
Ada ilmu macam pokok rendang yang berbuah lebat, orang suka datang
Ilmu menjadikan seseorang tidak terasa sepi, ia sentiasa menghiburkan akal dan hati
Adanya ilmu mudah mengesan mana yang bahaya dan mana yang tidak bahaya
Ilmu yang menjadikan dunia ini cantik, indah, mudah berhadapan dengan kehidupan
17.9.2004 – 2
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 953 reads
Post new comment