Penyakit Hati
Penyakit Hati
Alangkah seksanya hidup berjiran jiran tidak bertegur sapa,
bahkan curiga-mencurigai pula
Di tempat bekerja tidak seia sekata, hasad dengki jadi budaya
Prejudis satu sama lain, percaya-mempercayai hilang sesama manusia
Di dalam keluarga kasih sayang tiada, anak-anak dan isteri tidak mengikut kata
Suami sudah tidak ada wibawa, isteri tidak setia
Hidup di dalam masyarakat nafsi-nafsi, susah tanggung sendiri
Bertemu hanya terpaksa, bukan dari hati kerana fikiran tidak selari
Tidak bergaul, tidak mungkin hidup sendiri-sendiri
Bergaul aduh sungguh terseksa, rasa bersama sudah tidak ada
Begitulah di dalam satu masyarakat manusia yang memburu dunia
Ukhwah tidak ada, Tuhan sudah dilupa, dunia adalah matlamat manusia
Sungguh sepi hidup begini di dunia hari ini
Tidak ada ceria, tidak ada gembira, tidak ada mesra
Sepi di dalam ramai, berserabut fikiran di waktu bersendirian
Kecuali orang yang beriman, rasa bertuhan hidup di hati
Terasa ramai sekalipun keseorangan atau waktu bersendiri
Rasa bertuhan yang menghidupkan hati itulah hiburan orang mukmin
Hatinya sentiasa tenang sekalipun di dalam kesusahan
Susah lahirnya, batinnya tenang
Begitulah hati orang mukmin, hiburannya di dalam hatinya
8.2.2004 – 2
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 937 reads
Post new comment