Pejuang Kebenaran Unik Dan Istimewa
Pejuang Kebenaran Unik Dan Istimewa
Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah unik dan istimewa
Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya
Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang kerana mempunyai quwwah atau kekuatan
Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh barulah diberi kemenangan
Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan
Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan
Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya baru menang
Tapi yang membunuh tentera musuhnya dan mengalahkan adalah Tuhan
Allah Taala datangkan tentera-tentera yang bukan jenis manusia
Adakalanya para malaikat datang berperang
Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat di peperangan Badar yang terkenal
Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang
Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya tunggang-langgang
Seperti yang telah berlaku di dalam peperangan Ahzab atau Khandak
Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita
Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan dibantu Allah
Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan bukan mereka yang berperang
Tapi Fir’aun dan tentera-tenteranya dimusnahkan oleh air lautan, semuanya tenggelam
Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan Namrud dan tenteranya bukan dengan perang
Allah Taala datangkan tentera nyamuk memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya mati bergelimpangan
Kalau begitu jika ada di setiap zaman pejuang-pejuang Islam berjuang
Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah di waktu berperang
Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu penuh dengan dosa, akhirnya kecundang
Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita
Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan
Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri untuk keredhaan Tuhan
Menjelang tidur
2.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 891 reads
Post new comment