Panduan Perpaduan
Panduan Perpaduan
Hormatilah ibu bapa
Taatilah keduanya
Jangan ingkar suruhannya
Begitulah sifat anak-anak yang setia
Adik-beradik hendaklah seia sekata
Perpaduan bangsa bermula dari keluarga
Rumahtangga asas perpaduan bangsa
Kaum kerabat silaturrahim jangan diputuskan
Sekali-sekala hubungkan kasih sayang
Kalau setiap keluarga mendidik perpaduan di rumah mereka
Mudah sahaja berlaku perpaduan di peringkat kebangsaan
Jika di dalam keluarga perpaduan sudah tiada
Kerana kasih sayang sudah renggang
Hidup mementingkan diri punca perpecahan
Bagaimana suatu bangsa boleh berpadu di dalam negara
Begitulah kaedah perpaduan suatu bangsa
Tanpa kaedah ini perpaduan itu hanya mimpi sahaja
14.10.2002 - 1
Malam
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 843 reads
Post new comment