Orang Yang Diberi Barakah Oleh Tuhan Setiap Zaman
Orang yang diberi barakah oleh Tuhan setiap zaman
Selagi dunia belum Qiamat, setiap zaman ada orang yang diberi barakah oleh Tuhan
Bilangan mereka tidak ramai, hanya bilangan jari sahaja
Itupun ramai orang tidak kenal
Bahkan adakalanya mereka dimusuhi dan disusahkan
Disebabkan merekalah dunia tidak diqiamatkan
Disebabkan mereka jugalah manusia diberi rezeki
Juga manusia selamat dari bala bencana disebabkan mereka yang diberi barakah
Hujan masih turun kerana mereka
Doa mereka kabul, manfaatnya untuk semua
Orang ramai diberi rezeki tidak tahu atau tidak sedar kecuali satu dua
Begitulah peranan orang Tuhan di dunia setiap zaman
Ia penyelamat bagi manusia semua
Kalaulah bukan kerana keberadaan mereka di dunia
Manusia tidak ada yang selamat
Taraf keberkatan mereka tidak sama
Ada yang bertaraf kampung atau daerah dan negara
Yang besarnya adalah yang bertaraf dunia
Ia datang sekali-sekala
Mungkin beratus tahun sekali baru ada
Di awal kurun ia pasti berlaku seorang yang membawa berkat seluruh dunia
Kerana ada janji dari Tuhan melalui sabda Nabi-Nya
Berita gembira untuk semua manusia
Menjelang Maghrib
5.2.2000 (30 Syawal 1420)
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 968 reads
Post new comment