Orang Yang Ada Prinsip Dan Cita Cita
Orang Yang Ada Prinsip Dan Cita-Cita
Orang yang ada prinsip dan cita-cita tidak banyak atau tidak ramai
Orang yang ada prinsip dan cita-cita, orang yang ada pendirian
Orang yang ada prinsip dan cita-cita sanggup menderita
Dia rasa puas mempertahankan prinsip sekalipun dihina
Yang ramai di dunia
Manusia yang memikirkan makan minum dan betina
Mencari pangkat pun kerana inilah
Mencari nama pun kerana ini juga
Mencari wang ringgit pun tujuan yang sama
Kerana inilah orang yang sedikit selalunya menguasai manusia
Orang yang ada cita-cita selalunya berkuasa
Sekalipun salah prinsip dan cita-citanya
Kerana orang yang berprinsip itu mereka berjuang
Kerana prinsip mereka tahan menderita
Bahkan ada yang sanggup mati kerana mempertahankan prinsipnya
Selepas Asar
2.6.97
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 836 reads
Post new comment