Nilailah Iman Diri Sendiri
Nilailah Iman Diri Sendiri
Orang yang macam kamu ini siapa pun tiada mahu menerimanya
Kalau setakat berkenalan sementara waktu, orang mungkin tidak tahu
Bila lama-lama terutama di dalam jemaah, tembelang akan terbuka
Di waktu itu orang akan tahu siapa kamu
Kalau kamu tidak mengundur diri, kamu akan diundurkan
Sekarang rasalah sendiri
Mana mahu pergi, ke mana pergi ditolak orang
Sekarang kamu macam cacing kepanasan
Pergi sana tidak kena, pergi sini tidak kena
Adakalanya kamu takut jumpa orang
Mengapa takut? Kata kamu benar, orang benar mana takut
Kata aqidah telah murni
Selama ini katanya dikotorkan orang
Mengapa aqidah sudah murni Islamnya mundur ke belakang
Yaqazah tolaklah, yang lain mengapa tolak sama
Takkkan aqidah sudah murni, anak-anak dibiarkan
Rumahtangga bergolak macam air laut bergelombang
Aqidah sudah murni, serban berat hendak dipakai
Menolak yaqazahkah? Atau sudah mula menolak Islam secara perlahan-lahan?
Apakah Islam tinggal aqidah murni sahaja
Mana syariatnya?
Mana akhlaknya?
Aqidah murni membolehkan mengumpat, menghina, mengata?
Siapa ajar?
Al Quran, As sunnah?
Jangan berlakon lagilah!
Janganlah hendak menilai iman orang
Nilailah iman diri sendiri!
Islam menyuruh menjaga diri lebih utama
Janganlah anggap diri sudah bersih
Konon mendengar ceramah Doktor Syeikhul Quran dan Hadis
Nampaklah sesatnya orang lain
Masya-Allah! Astaghfirullah!
Mudahnya membersihkan jiwa?!
Dengan sekelip mata?
Kemudian terus nampak kesesatan orang lain?!
21.8.98
Selepas Asar
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 882 reads
Post new comment