Nasib Orang Yang Memikirkan Dunia
Nasib Orang Yang Memikirkan Dunia
Apalah indahnya seseorang yang hidup dia bangun tidur dia ingatlah apa yang dia teringat, mungkin makan, kerja, masalahnya
Apabila dia rehat apa yang dia ingat, makan itulah yang dia fikirkan
Mungkin duit, kawan, isterinya, anaknya, musuhnya, hutangnya
Jika mendapat kesenangan dia pun gembira, kalau sakit, orang kata,
isteri yang tidak taat, dia pun dukacita
Kesusahan yang menimpanya, mungkin renungannya jauh,
berputar-putar otak kepalanya memikirkannya
Adakalanya angan-angannya yang panjang, kerana ada kehendak-kehendaknya
yang belum didapatinya atau belum diperolehinya
Renungannya amat jauh sejauh angan-angannya yang belum tercapai
Di waktu letih campur mengantuk dia pun tidur
Mungkin sebelum tidur dia berangan-angan lebih dahulu
Mungkin juga mengingatkan kesusahan yang sedang menimpanya,
dia tertidur bersama kesedihannya
Atau memikirkan kesenangan apa lagi yang hendak dia capai yang belum tercapai
Kemudian dia tertidur di dalam keadaan itu
Kemudian bangun dari tidur, selepas itu berhadapan dengan keadaan-keadaan
yang seperti sebelumnya
Masalah yang sama timbul di dalam benaknya
Tuhan langsung tidak ada di dalam ingatannya, sama ada sebelum atau selepas tidurnya
Begitulah seterusnya di dalam apa keadaan pun Tuhan tidak ada di dalam
kamus hidupnya
Yang dia fikir kesenangan atau kesusahannya atau angan-angannya
Sampai masa malaikatul maut pun datang mencabut nyawanya
Aduh malangnya, nyawanya tercabut, Tuhan tidak ada di dalam ingatannya
Apatah lagi memohon rahmat dan keampunan-Nya
Matilah dia di dalam keadaan suul khatimah
Nerakalah padahnya, murahnya hidup ini bagi manusia yang memikirkan dunianya
semata-mata
27.2.2004 – 6
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1711 reads
Post new comment