Murabbi Dan Rabbani
Murabbi Dan Rabbani
19.7.2004 – 1
Menjelang Asar
Sudah menjadi Sunatullah bagi orang yang kenal Tuhan, yang tidak kenal Tuhan
mengatakan sunnah alam bahawa setiap benda itu adakalanya baik adakalanya rosak
Setiap yang rosak akan dibaiki semula hingga normal seperti sediakala
Begitulah juga setiap benda bukan sahaja dibaiki selepas rosak
tapi pandai menggunakan agar ia memberi guna
Membaiki setiap perkara itu bukan semua orang menjadi pakar
dan boleh menggunakannya
Membaiki dan menggunakannya mestilah pakar atau setidak-tidaknya boleh faham membaiki dan menggunakannya
Begitulah sunnatullah atau sunnah alam berlaku pada setiap yang dicipta di dalam dunia dan di dalam kehidupan manusia
Hal yang disebutkan tadi semua orang boleh menerimanya
Iaitu bukan semua orang boleh membaiki atau menggunakannya benda-benda yang rosak yang ada dan beperanan di dalam kehidupan manusia
Bahkan di setiap negara telah pun memperundang-undangkan agar setiap perkara yang rosak hendak dibaikpulih semula mestilah hanya dibenarkan orang yang pakar menanganinya sahaja
Siapa yang melanggar undang-undang dihukum denda, setengah hal dihukum penjara
Kita buat contoh beberapa perkara untuk renungan bersama
Orang sakit lahir mestilah doktor yang bertauliah dan yang berlesen mengubatinya
Jika yang merawat pesakit bukan doktor hampir semua negara akan bertindak menghukumnya kerana boleh membahayakan kepada manusia
Kalau mengenai enjin tidak semua orang boleh membuka bengkel, mestilah orang yang ada tauliah samada engineer atau foreman
Itu baru penyakit lahir atau benda-benda beku, mestilah dipastikan hanya orang yang ada kelulusan atau ada kemahiran sahaja baru boleh melakukannya
Tapi malangnya hendak membaiki manusia boleh pula semua orang membaikinya,
tidak kira siapa
Padahal manusialah yang hendak menentukan baik buruk manusia dan kehidupan manusia
Dan juga hendak menentukan alat-alat kehidupan manusia apakah disalahgunakan
atau sebaliknya
Manusialah hendak menentukan aman damainya, bersatu padu, bekerjasama hendak bahagia dan harmoni di dunia
Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir dan benda-benda beku seperti yang dinyata
Manusia ada fizikal, ada akal, ada nafsu dan jiwa atau hati yang berperanan di dalam diri dan di dalam kehidupan manusia
Senangkah hendak mendidik nafsu manusia agar dapat dikontrol
daripada memdorong kejahatannya?
Mudahkah hendak mendidik akal agar tidak bekerjasama dengan nafsu membuat onar?
Apakah mudah mengontrol perasaan (hati) daripada mengikut hawa nafsu yang jahat, membuat angkara?
Apakah mudah mendisiplinkan diri (anggota lahir) agar tidak melaksanakan kehendak nafsu yang jahat membuat durjana?
Manusia ada anggota lahir dan anggota batin
Anggota batinnya akal, nafsu dan hati, perjalanannya sangat halus dan seni
Mendidik manusia bukan sekadar perlu kepada muallim atau ustaz sekadar memberi ilmu
Muallim, guru atau ustaz hanya memberi ilmu
Mendidik manusia tidak cukup hanya memberi ilmu
Manusia perlukan murabbi atau rabbani kerana kejahatan manusia itu
terlalu seni dan unik sekali
Murabbi atau rabbani dia ada beberapa sifat yang perlu ada, berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik manusia, boleh dicontohi
Murabbi dengan murid terus berhubung sampai mati
Hubungan murabbi dengan murid seperti anak dengan ibu bapa
bahkan lebih daripada itu tidak ada putusnya
Hubungan murabbi atau rabbani dengan murid adalah hubungan roh dengan roh, hubungan hati dengan hati sampai mati
Macamlah Rasul dengan Sahabat adalah hubungan roh dengan roh,
kasih-mengasihi, cinta-mencintai
Hubungan keduanya sampai mati tidak boleh diputuskan oleh apa sekalipun kecuali masing-masing atau salah satu memutuskannya
kerana tidak ada hubungan dengan Tuhannya lagi
Zaman sekarang yang ramai adalah muallim atau ustaz (guru/kiyai)
bukan murabbi atau rabbani
Murabbi dan rabbani di zaman ini adalah bilangan jari, susah dicari
Kerana itulah payah hendak mendidik manusia menjadi baik dan jujur
kerana muballigh atau guru dengan murid lebih kurang sama kecuali ilmu
Mana ada pendidik di hari ini (guru atau rabbani) ada ilmu, mengamalkan, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik dan terus berhubung dengan muridnya hingga mati
Lihatlah hasil guru hanya memberi ilmu semata-mata tabiat manusia tidak berubah
Murid-murid melawan guru, melawan emak bapa, hubungan guru dengan murid
tidak ada, murid bergaduh sesama
Setelah dewasa masing-masing ada tugas dan ada kerja, berlaku rasuah, malas bekerja, hasad dengki, tidak sehati
Jatuh-menjatuhkan, zalim-menzalimi, mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi, zina,
tipu-menipu, budaya liar yang jijik
Yang memberi ilmu pun sama, mereka adalah muallim bukan murabbi atau rabbani
Hendak mendidik manusia bukan sebarang orang, bukan calang-calang orang,
pilihan Tuhan
Lebih-lebih lagi guru bermotif makan gaji kerana sesuap nasi apakah mampu
mendidik manusia hingga cintakan atau takutkan Tuhan?
Pendidik murabbi atau rabbani, dia adalah bayangan Rasul atau bayangan Nabi
Kerana itulah umat Islam seluruh dunia tidak berkasih sayang, tidak boleh bersatu,
tidak ada rasa bersama, tidak boleh bekerjasama, tidak bela-membela,
takut dengan musuh-musuhnya
Umat Islam hari ini sudah kehilangan murabbi atau rabbani
yang ada hanya guru memberi ilmu tidak boleh dicontohi
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1033 reads
Post new comment