Mujaddid Bongsu
Mujaddid Bongsu
Mujaddid yang akhir di dalam Hadis disebut Al Fata At Tamimi
Ia merupakan Mujaddid yang menjadi pembantu Mujaddid nombor satu
Ibarat anak kepada dua orang ibu bapa ia adalah anak bongsu
Walaupun ia ada mempunyai kekurangan
Tapi perlu diingat ia adalah anak bongsu
Anak bongsu nakal-nakal pun dia diberi perhatian oleh ibu bapanya
Nakal-nakal pun dia diberi lebih daripada abang-abang dan kakak-kakaknya
Anak bongsu sentiasa sahaja di dalam jagaan ibu bapanya
Ia disayangi, dibenarkan bermanja-manja
Begitulah kelebihan anak bongsu
Begitulah juga Mujaddid Tuhan yang bongsu
Di dalam serba kekurangan ia tetap di dalam perhatian Tuhannya
Di dalam serba kelemahan namun makan minum,
tempat tinggalnya, kenderaannya tetap dibantu
Bahkan kerana dia Mujaddid yang bongsu, orang lain juga turut terbantu
Macam anak bongsu tadi
Kerana anak bongsu, ibu bapanya mengutamakan sesuatu untuknya
Tapi abang-abangnya dan kakak-kakaknya pun dapat merasa bersama
Begitu yang Tuhan lakukan kepada Mujaddid yang bongsu ini
Bantuan Tuhan kepadanya, pengikut-pengikutnya juga dapat merasa bersama
Bantuan yang diberikan kepadanya
Pengikut-pengikutnya juga ikut terbantu
Nakal-nakal anak bongsu pun
Jangan abang-abangnya dan kakak-kakaknya menghinanya
Ibu bapanya tetap menyebelahi anak bongsunya
Hal ini perlu diketahui oleh pengikut-pengikut Mujaddid Bongsu ini
Mujaddid Bongsu ini di dalam kelemahannya ia tetap dibantu
Di dalam kelemahan dia tetap di dalam perhatian Tuhannya
Jangan cuba Mujaddid yang bongsu ini dihina
Orang yang menghina akan dihina oleh Tuhannya
Siapa yang membantu akan dibantu oleh Tuhannya pula
Begitulah yang telah menjadi ketentuan Tuhan kepada Mujaddid Bongsu itu
Lepas Asar
27.9.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 880 reads
Post new comment