Menunggu Janji Mu
Menunggu Janji-Mu
Tuhan, sungguh seksa menunggu
Menunggu janji-Mu tidak kunjung tiba
Berita telah Engkau beritahu
Tarikh yang tepat Engkau tidak pastikan
Tapi Engkau tahu, kami yang tidak tahu
Rasanya tidak lama lagi
Bagi kami hamba-Mu terasa lama
Kami sabar menunggu Tuhan!
Kerana kami tahu hikmahnya mengapa peristiwa belum terjadi
Mungkin kami belum lagi mempersiapkan diri
Janji-Mu pasti berlaku
Ia pasti akan terjadi
Kerana Engkau yang memberitahu melalui lidah Nabi-Mu
Maha Suci Engkau daripada berdusta
Kerana itulah kami yakin ia pasti akan berlaku
Tuhan, kami sungguh rindu hendak melihat keagungan agama-Mu
Rasanya sudah tidak tertahan lagi
Yang lebih kami tidak tahan, kekufuran dan penzaliman menjadi-jadi
Bilakah kebenaran itu hendak mengganti kekufuran dan penzaliman?
Engkaulah yang Maha Mengetahui
Selepas Asar
7.7.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 990 reads
Post new comment