Mengekalkan Rasa Kehambaan
Mengekalkan Rasa Kehambaan
Kemuliaan seseorang itu apabila dia dapat mengekalkan rasa kehambaannya
Mengekalkan rasa kehambaan bukan pula satu kehinaan
Makin tinggi kedudukannya, semakin terserlah sifat kehambaannya
Mengekalkan sifat kehambaan di situlah keindahannya
Senang dan tenang manusia melihatnya
Allah Taala suka, Rasul suka, manusia pun suka
Siapa yang dapat mengekalkan sifat kehambaannya
Dia dihormati di sebarang pergaulannya
Makin tinggi kedudukannya, semakin sayang orang kepadanya
Itulah yang dimaksudkan tidak akan hina orang yang merendahkan dirinya
Tidak akan mulia orang yang meninggikan dirinya
Di sinilah silapnya orang yang salah berfikir
Apabila meninggikan diri dia akan dimuliakan orang
Jika merendah diri dihina orang
Merendah dirilah di situ kemuliaan engkau
Kekalkanlah sifat dan rasa kehambaan engkau
Kerana itulah hakikat diri engkau
Mengekalkan sifat dan rasa kehambaan di situlah kemuliaan engkau
Di situlah wibawa engkau dan hakikatnya akhlak engkau
Menukar sifat kehambaan bukan kemuliaan
Bahkan satu kehinaan dan dibenci pula oleh orang
Menjelang tidur
15.10.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 846 reads
Post new comment