Mengawal Hati Yang Berperasaan
Mengawal Hati Yang Berperasaan
Bukan mudah hendak kontrol hati yang ada perasaan
Perasaannya pula sering bertukar ganti
Perasaannya yang bertukar ganti itu hendak ditadbir atau hendak didisiplin
sungguh sulit sekali
Sedangkan hati adalah raja di dalam diri
Baik hati baiklah seluruh rakyat di dalam diri (anggota lahir) diri
Bukan senang hendak ditadbir hati ketika berperasaan
Perasaan sentiasa berubah-ubah
Di antara perasaan-perasaan itu gembira, sedih, pemarah, rasa lapang, rasa senang, megah
Selain itu lagi benci, suka, jijik, malu, dendam, ingin nama, ingin dipuji dan lain-lain
Bukan mudah hendak meletakkan setiap rasa-rasa itu apabila datang
hendak diletakkan pada tempatnya
Bukan senang setiap rasa-rasa itu hendak diselaraskan dengan kehendak Tuhan
Kalau salah letak adalah satu kesalahan
Hendak diletakkan pula jangan terlebih dan jangan terkurang
Biarlah ia berlaku seimbang
Perasaan-perasaan itu pula hendaklah diletakkan mana yang boleh diteruskan
hendaklah diteruskan
Mana yang tidak dibolehkan hendaklah di kekang
Mentadbirnya adalah amat sulit difaham
Ia memerlukan ilmu yang seni yang bersifat rohani
Bukan mudah juga mana untuk difaham
Tidak mudah pula mengesan perjalanan hati
Setelah difaham, tidak mudah pula mana yang boleh hendak dilepaskan
Tidak mudah juga mana yang tidak boleh hendak ditahan
Adakalanya ia memerlukan muhajadah samada hendak diteruskan
mahupun hendak ditahan
Adakalanya apa yang kita hendak teruskan itu yang kita tidak senang,
bukan senang hendak diteruskan
Adakalanya apa yang hendak kekang itu yang kita senang,
bukan mudah hendak dikekang
Adakalanya yang hendak dikekang merugikan kita
Begitu juga yang hendak diteruskan itu merugikan kita
Memang sungguh sulit hendak kontrol perasaan mengikut kehendak Tuhan
Kecuali orang yang takutkan Tuhan itu tinggi perasaannya
Takutkan Tuhan itulah yang mampu mentadbir perasaan hati yang begitu seni
Kalau Tuhan belum ada di hati, Tuhan belum ditakuti maka nafsulah yang akan dituruti
Bukan senang hendak mengontrol raja di dalam diri
Yang kerenah raja pula macam-macam yang dia rasa terutama megah,
pemarah, hendak nama, senang
Kalau kerajaan di dalam diri seperti pemimpin atau guru tidak ada wibawa
Selalunya tunduk kepada raja, yang telah dipengruhi oleh nafsu penjahat di dalam diri
21.10.2004 – 1
Menjelang Maghrib / selepas Isyak
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 870 reads
Post new comment