Masyarakat Idaman
Masyarakat Idaman
Aku impikan satu masyarakat yang indah
Hidup berkasih sayang dan harmoni
Si kaya pemurah, tanpa diminta dia memberi
Si miskin sabar dan tabah
Tiada meminta-minta, susahnya tiada ketara
Mereka tidak menyusahkan masyarakatnya
Pemimpinnya adil menaungi semua rakyatnya
Adakalanya laksana bapa, bertanggungjawab kepada semua
Adakalanya macam ibu tempat bermanja
Tidak kurang adakalanya bagaikan kawan setia
Sangat mengambil berat kehidupan sahabat-sahabatnya
Di masa tertentu sebagai guru yang penyayang
Memberi ilmu, menunjuk ajar, dirinya contoh
Adakalanya sebagai pemimpin yang berwibawa
Memberi arahan, membuat teguran, memberi panduan, dirinya ikutan
Pemuda-pemudinya pemalu tanpa berfoya-foya
Tenaga mereka aset bangsa
Sangat bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
Masyarakat yang aku idam-idamkan ini belum pun nyata
Berkasih sayang, bersatu padu, bekerjasama
Memberi maaf dan meminta maaf menjadi budaya
Dendam-berdendam hasad dengki tiada
Di mana hendak dicari masyarakat begini?!
Impianku belum nyata lagi
Bilakah agaknya masyarakat ini akan terjadi?!
10.10.2002 -2
Selepas Asar
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 879 reads
Post new comment