Masa Depan Bangsa Melayu
Masa Depan Bangsa Melayu
Orang Melayu tidak peka dengan bangsanya sendiri sekalipun para pemimpin dan ulama
Mereka tidak membuat kajian tentang bangsanya di masa depannya
Kalau peka pun dengan bangsa Melayu ia ada hubungan dengan sejarah yang silamnya
Bangsa Melayu dengan sejarah yang silam apalah hendak dibanggakan
Di segi ilmu belum pun pernah meneroka sejarah gemilang
Di segi politik pun belum ada bukti menjadi empayar yang dimegahkan
Kalaupun bangsa Melayu menyebut Kerajaan Melayu Sri Vijaya
masih boleh dipertikaikan
Kalaupun ada, hendak diterima juga ia hanya bercorak kuno bukan moden
padahal sebelum itu sudah ada bangsa yang terkenal maju
Di sudut ekonomi pun belum pernah menempa sejarah yang gah dan megah
Hendak dibanggakan dengan ahli sejarah dan pengembara ulung
pun belum pernah menempa sejarah
Sedangkan bangsa-bangsa lain telah meneroka dan menempa sejarah di bidang masing-masing yang megah
Kalau orang Melayu peka dan mengkaji Hadis mengenai bangsa Melayu
yang tersirat masa depannya
Tentulah orang Melayu ada khabar gembira di masa depannya
yang akan menempa sejarah
Orang Melayu akan menjadi empayar dunia gah dan megah atas nama Tuhan dan Islam
Saya sudah mengkaji sejak 40 tahun yang lampau dan sedang mencuba
ke arah yang diperkatakan
Kalau orang Melayu peka dengan apa yang hendak berlaku dengan orang Melayu di masa depan di atas nama Tuhan dan Islam
Orang Melayu sudah tentu di samping perjuangan politik Tuhan dan Islam
menjadi jadual perjuangan
Walaupun PAS berjuang atas nama Islam
tapi tidak bersama serius memperjuangkan Tuhan
Islam yang diperjuangkan oleh PAS pun di sudut undang-undang (hudud) yang sempit
Tapi PAS tidak memperjuangkan kasih sayang, tidak memperjuangkan akhlak
yang mulia sesama insan
Bukan perjuangan macam itu yang kita maksudkan
Sekarang mari kita orang Melayu tukar stail berjuang
Berjuang atas nama Melayu sudah berlaku dan berlalu
Sekarang mari berjuang ke arah menagih janji Tuhan buat orang Melayu
Perjuangkan Tuhan, perjuangkan Islam yang membawa kasih sayang,
perjuangkan akhlak yang mulai sesama insan
Kalau kita tidak mahu
Kerana janji Tuhan, Tuhan akan dorong satu puak Melayu lain
perjuangkan Tuhan dan kasih sayang
Janji Tuhan pasti berlaku
Ini adalah giliran buat orang Melayu
Bangsa yang akhir dan yang bongsu menjadi empayar atas nama Tuhan dan Islam
atas faktor janji
Jangan ragu, jangan takut Amerika dan cabaran, Tuhan di belakang kita
Kerana Tuhan yang berjanji
Janji Tuhan tidak kosong pasti terjadi
Orang Arab menjadi empayar atas nama Tuhan dan Islam atas faktor janji
Orang Kurdi menjadi empayar bersama Arab atas faktor janji
Orang Turki menjadi empayar atas nama Tuhan dan atas nama Islam faktor janji
Orang Melayu akan menjadi empayar atas nama Tuhan dan Islam
atas faktor janji pasti terjadi
Kalau kita tidak ambil peluang alangkah ruginya?
Atas faktor janji apa sahaja yang menghalang akan dapat dilepasi jangan bimbang
Faktor janji itu sangat mahal, ia dijamin oleh Tuhan
Jangan banyak mengguna akal lagi ikut sahajalah jadual Tuhan
Mari kita bersama masuk saham kerana kita diberi tahu
Yang tidak tahu atau yang tidak ambil tahu dan yang tidak mahu biarkan
Kerana memang tidak semua orang Melayu yang menjayakan
Hanya orang Melayu yang dianugerahkan oleh Tuhan
yang akan menempa sejarah gemilang
Tapi semua orang Melayu akan dapat pembelaan
Sekitar 5 tahun kedaulatan Melayu akan berlaku
Sekitar 10 tahun empayar Melayu pun berlaku
Begitulah apa yang saya difahamkan ia di ambang pintu kejayaan
12.10.2004 – 2
Menjelang Asar / Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1693 reads
Post new comment